Info Pelan

Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel

What Is True Love?

HARI 7 DARIPADA 12

Swacinta Tidak Harus Menghalang Kasih Sejati

Swacinta bukan sahaja menghalang kasih sejati, malah membinasakannya.

Apakah keasyikan diri? DIRI. Ketakutan. Ketidakpercayaan. Kecurigaan. Fikiran yang bercanggah. Perasaan yang bercanggah. Keghairahan dan keinginan tidak salih yang mementingkan diri. Kemarahan. Kesakitan hati . . . kesakitan hati yang mendalam. Emosi dan kenangan yang menghantui fikiran. Kenyataan yang tidak benar. Kejayaan. Kemasyhuran. Kekayaan. Pengagungan kedudukan diri sendiri. Punca yang kelihatan sepunya dalam segala sesuatu yang kekurangan kasih sejati ialah fokus batin pada diri sendiri dan bukannya fokus luaran pada Allah dan orang lain.

Jadi, di manakah fokus anda? Bagaimanakah anda menghabiskan masa anda, wang anda, sumber anda, bakat anda, kasih sayang anda? Ke manakah fikiran anda melayang atau terikat sepanjang hari? Apakah kata-kata yang anda ucapkan? Dengan kata lain, apakah yang anda katakan atau kepada siapakah anda mengatakannya? Adakah fokus anda pada diri sendiri?

Walaupun kita telah menyediakan asas Kristus dalam kehidupan kita, kita boleh menyedari bahawa kita telah membina atas asas itu dengan kemahiran kerja diri yang goyah dan kurang bermutu. Namun, Allah boleh menebus dan memulihkan segala kerugian pada tahun-tahun ketika belalang makan hasil tanaman dan mengambil apa yang diniatkan musuh untuk kejahatan dan menggunakannya untuk kebaikan. Dia boleh menggunakan cara berdosa dan mementingkan diri kita untuk mendedahkan lebih banyak kasih-Nya, belas kasihan-Nya, dan kasih kurnia-Nya.

Luangkan masa untuk berfikir tentang ini dan ucapkan doa ini:

"Tuhan, bukalah mata hati saya agar saya melihat diri saya. Adakah wujudnya kasih? Adakah wujudnya kesakitan hati? Kebanggaan? Kemarahan? Sikap mementingkan diri? Apakah yang menghalang saya daripada mengenali kasih-Mu dan daripada menjalankan kehidupan dalam kasih-Mu? Saya ingin mengenali kasih sejati ini supaya saya dapat hidup dalamnya dan mengkhabarkan kasih sejati injil dengan mulut saya dan kehidupan saya. Menurut Paulus, jika kita tidak mengasihi orang lain, kita tidak berguna. Kasihanilah saya. Dalam nama Yesus, Amin."

Membatinkan Kebenaran: Pilih satu ayat Alkitab untuk membaharui fikiran anda dan mengubah hati anda.

Mematikan Diri: Apakah dosa khusus dalam kehidupan anda yang disasarkan oleh ayat Alkitab pilihan anda? Paulus memberitahu kita dengan amat khusus untuk buang cara hidup yang lama.

Menghidupkan Kebenaran: Hidup seperti manusia baru--Kristus. Apakah penyesuaian khusus yang perlu anda buat terhadap fikiran atau sikap atau kelakuan anda untuk berserah kepada-Nya dan menerapkan kebenaran-Nya dalam fikiran dan hati anda?


Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

What Is True Love?

Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thistlebend.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami