Info Pelan

Teragak-agak?Sampel

Undecided?

HARI 1 DARIPADA 7

"Isyarat Senyap" Sekarang, terdapat gelombang tak nampak yang berpusar dalam kepala anda. Rancangan televisyen, program radio, perbualan telefon dan koordinat GPS menghujani dunia di sekeliling anda dengan tidak henti-henti. Kebanyakannya lenyap atau hilang tanpa disedari ke dalam kegelapan ruang yang kosong. Di tengah-tengah semua kebisingan ini, anda boleh duduk di luar dan menikmati malam yang tenang tidak sedar akan hujanan itu. Namun, jika anda menghidupkan radio, televisyen atau telefon bimbit, tiba-tiba kesenyapan itu menjadi bermakna. Salah satu daripada isyarat yang berpusar dalam kepala anda sekarang adalah suara Allah. Ia bukan elektronik. Ia tidak dapat diukur dengan peralatan atau diterima oleh peranti. Setakat ini, anda mungkin tidak pernah perasan akan suara Allah, tetapi ia wujud. Kitab Ayub merupakan sebuah cerita pelik di tengah-tengah Alkitab tentang seorang lelaki yang menjadi marah dengan Allah apabila kehidupannya mula gagal. Ayub menuduh Allah kerana tidak berbicara, tetapi kawan Ayub, Elihu, membetulkan perspektif Ayub. "Mengapa engkau berbantah dengan Dia, bahwa Dia tidak menjawab segala perkataanmu? Karena Allah berfirman dengan satu dua cara, tetapi orang tidak memperhatikannya," (Ayub 33:13-14 ITB). Elihu membuat satu pemerhatian yang bijak. Allah sentiasa berbicara, tetapi kita tidak sentiasa mendengar. Dia berbicara secara langsung dan tidak langsung. Dia berbicara melalui mimpi dan orang. Dia berbicara melalui kesakitan dan kegembiraan. Dia berbicara melalui kehidupan dan kematian. Dia sentiasa berbicara, dan pada hari ini Dia berbicara kepada anda. Agak senang untuk mendengar-Nya. Perkara yang perlu anda lakukan adalah menghidupkan satu-satunya penerima yang dapat menerima isyarat-Nya -- roh anda. Apabila Yesus didatangi pemimpin agama pada zamannya kerana melanggar peraturan suci, Dia membalas dengan pernyataan ini. "Sesungguhnya saatnya akan tiba dan sudah tiba, bahwa orang-orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan mereka yang mendengarnya, akan hidup," (Yohanes 5:25 ITB). Lihatlah kehidupan anda. Bolehkah anda mengenal pasti mana-mana keadaan yang mungkin digunakan Allah untuk mendapatkan perhatian anda? Bolehkah anda memikirkan orang yang mungkin ditempatkan Allah dalam kehidupan anda untuk membantu anda mendengar suara-Nya? Baca petikan Alkitab dalam Ayub dan Yohanes, dan cuba mengenal pasti semua cara di mana Allah berbicara dengan anda, yang tidak dipertimbangkan anda sebelumnya. Doa Allah, bolehkah Engkau menjadikan suara-Mu lebih jelas daripada segala kebisangan kehidupan saya yang sibuk? Bantulah saya menyedari orang dan peristiwa yang digunakan-Mu untuk mendapatkan perhatian saya. Bukalah hati saya dan fikiran saya untuk memahami petikan daripada Alkitab ini.
Hari 2

Perihal Pelan

Undecided?

Masih belum membuat keputusan tentang Allah? Tidak pasti apa yang dipercayai? Habiskan tujuh hari seterusnya untuk menerokai Alkitab dan lihat perkara yang didedahkan Allah kepada anda tentang sifat sebenar-Nya. Inilah p...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.youversion.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami