Info Pelan

Teragak-agak?Sampel

Undecided?

HARI 3 DARIPADA 7

"Kesempurnaan Tidak Diperlukan" Apabila anda menyedari buat pertama kalinya bahawa Allah telah mengatur segala ciptaan untuk menjangkau anda dengan mesej-Nya, ia mungkin agak menarik -- mungkin mengujakan juga. Kemudian, anda ingat betapa tidak sempurnanya anda. Itu adalah reaksi yang semula jadi apabila anda mula mendekati Allah. Dia adalah sempurna. Injil Yesus Kristus sepatutnya "berita baik" -- itulah maksud perkataan injil. Namun, kebenaran yang pahit adalah kita terpisah daripada Allah kerana ketidaksempurnaan kita. Dosa kita umpama penyakit yang membuat kita dikuarantin. Disebabkan kesempurnaan Allah, Dia tidak dapat membenarkan dosa dibiarkan tidak dihukum. Jika tidak dirawat, penyakit dosa anda akan membawa anda ke tempat yang dikhaskan untuk menghukum Iblis. Ia dipanggil Neraka -- tempat kegelapan, api dan penderitaan. Berita baiknya adalah kesempurnaan dan kekudusan Allah sepadan dengan kasih dan belas kasihan-Nya. Dia tidak mahu seorang pun yang menderita di Neraka, jadi Dia menyediakan rawatannya. Demi memenuhi hukuman untuk dosa kita, Dia membenarkan anak-Nya Yesus untuk menerima hukuman itu di tempat kita. Sebagai tukaran, Allah memberikan kita pengampunan -- pengampunan sepenuhnya. Jika anda memilih untuk menjadi pengikut Kristus, anda perlu mengakui dosa terdalam anda dan menerima pengampunan-Nya yang paling menyeluruh. Injil adalah rayuan universal kepada spesies yang pecah-belah di serata dunia. Jika anda rasa anda mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada Allah demi menjadikan diri lebih cenderung diterima-Nya, lupakannya. Perkara terbaik yang kita boleh kita lakukan adalah tidak berpada dan tidak diperlukan. Memandangkan Yesus sahaja berupaya membayar hukuman kita, Dia menjadi satu-satunya pintu kepada Allah. Yesus memberitahu pengikut terdekat-Nya, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku." Tuntutan eksklusif-Nya adalah berani, tetapi Dia menyokongnya dengan mengorbankan nyawa-Nya di tempat kita. Salah satu petikan kegemaran saya daripada Alkitab untuk dikongsikan dengan orang lain adalah, "Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa." Paulus menulis itu dalam suratnya kepada jemaat Roma yang dikelilingi budaya pagan yang berjauhan daripada Allah. Perkara yang amat menakutkan tentang pengampunan tidak terbatas Allah adalah ia meninggalkan kita tanpa alasan. Allah telah membuka pintu Syurga kepada seluruh bangsa manusia. Dengan jemputan terbuka seperti itu, jika kita memilih untuk tidak menerimanya, kita menolak satu-satunya cara keselamatan kita. Tiada alternatif lain. Tiada pintu belakang. Pintu depan adalah terbuka dan jemputan telah diberikan tanpa prasangka. Allah berkuasa yang tidak terbatas ingin menganggap anda sahabat. Anda boleh tidak mengendahkan jemputan-Nya, tetapi pintu itu tidak akan ditutup selagi anda masih hidup. Anda boleh memberontak, tetapi anda tidak berkuasa mengubah fikiran-Nya. Dia tidak akan membatalkan jemputan-Nya. Doa Allah, saya sedar saya bukannya sempurna. Bantulah saya untuk memahami pengampunan anda dan rancangan anda untuk pemulihan. Yesus, berikan saya keberanian untuk menerima Engkau sebagai satu-satunya pintu kepada Allah.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Undecided?

Masih belum membuat keputusan tentang Allah? Tidak pasti apa yang dipercayai? Habiskan tujuh hari seterusnya untuk menerokai Alkitab dan lihat perkara yang didedahkan Allah kepada anda tentang sifat sebenar-Nya. Inilah p...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.youversion.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami