Info Pelan

Jangan Tersinggung Sampel

No Offense

HARI 5 DARIPADA 7

Jaga Mulut Anda



Pernahkah anda tiba-tiba mengatakan sesuatu yang dikesali ketika marah? 



Ia berlaku kepada setiap orang pada satu ketika, mungkin sebab itulah Yakobus menasihatkan kita: 



… setiap orang haruslah cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata, dan lambat naik marah … Yakobus 1:19 BM

Bermula dari waktu kita menjadi marah, otak kita bertindak meningkatkan amigdala kita, iaitu bahagian lawan atau lari otak kita. Dari sana, badan kita mula membebaskan hormon tekanan seperti kortisol dan adrenalina. Ini menutup korteks prefrontal yang lebih rasional, maknanya kita tidak berfikir dengan jelas semasa marah. 



Oleh itu, tidak hairanlah bahawa kemarahan kita kerap mengalahkan kita. Walau bagaimanapun, ada harapan! Jika kita dapat menjadi lambat naik marah, kita juga dapat lambat memberikan respons. Jika kita melatih diri untuk bersifat ingin tahu bukannya bertentangan secara langsung, kita boleh mengurangkan serba sedikit daripada kemarahan itu sebelum ia bermula. 



Semasa anda rasa kemarahan sedang bangkit, tanyalah soalan bukannya membuat kesimpulan. Jangan menganggap bahawa anda mengetahui niat orang lain, sebaliknya dengarlah untuk memahami perspektif mereka. 



Jika anda rasa kemarahan anda akan meletup, berhenti sejenak dan meminta diri sebelum anda mengatakan sesuatu yang melukakan hati. 



Kemarahan mungkinlah bahaya apabila kita bereaksi dengan cepat, memberikan respons terhadap luka kita dengan kata-kata yang melukakan hati. Namun, Efesus 4:29 BM mengingatkan kita: 



Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan …  

Meskipun dalam keadaan marah, kita dipanggil untuk membina satu sama lain, bukan memusnahkan orang lain. Paulus menulis: 



Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus. Efesus 4:32 BM

Memanglah susah untuk berbelas kasihan dan marah pada masa yang sama. Maka, semasa anda mendapati diri dikuasai oleh rasa marah, mintalah Allah untuk memberikan anda belas kasihan. Bergelut untuk berbuat demikian? Ingatlah betapa besarnya belas kasihan Allah terhadap anda. 



Alkitab mengingatkan kita bahawa Allah tidak melayan kita menurut apa yang kita patut terima, tetapi Dia berbelas kasihan terhadap kita. Rahmat-Nya selalu baru setiap pagi. Dia tidak pernah hilang sabar dengan kita. 



Sesungguhnya sukar untuk memendam rasa marah terhadap seseorang apabila kita mengingati betapa besarnya pengampunan yang telah kita terima melalui Kristus. 



Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau lambat naik marah terhadap kami. Terima kasih kerana kasih kurnia, kasih, dan belas kasihan-Mu, tolonglah saya untuk menunjukkan kasih-Mu kepada orang lain, meskipun ketika marah atau hampa. Dalam nama Yesus, amin.  


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

No Offense

Daripada tajuk berita yang terkini kepada komen media sosial, terdapat banyak peluang untuk berasa tersinggung setiap hari. Namun, bagaimana kalau kita memutuskan untuk memberikan respons yang berbeza? Dalam Pelan Alkita...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami