Info Pelan

Jangan Tersinggung Sampel

No Offense

HARI 4 DARIPADA 7

Menyembuhkan atau Melukakan Hati? 



Memanglah menggoda untuk tidak mengendahkan kemarahan kita, mempercayai bahawa orang Kristian yang baik tidak sepatutnya marah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu dengan strategi itu. Pertama, Allah telah memberikan kita emosi marah, dan kemarahan itu bukanlah masalahnya. Kedua, tidak menghiraukan kemarahan tidak menghilangkannya. 



Sebenarnya, menyembunyikan kemarahan kita kerap menyebabkan kepahitan, rasa geram, atau kesinisan—tiada antaranya membantu kita menjadi lebih menyerupai Kristus. 



Pada hujung spektrum yang satu lagi, banyak antara kita mungkin tunduk pada kemarahan kita, meletup atau menjerit pada orang lain kerana keseksaan peribadi kita. 



Kedua-dua respons tersebut tidaklah bijak. 



Sebenarnya kemarahan ialah emosi yang sangat berguna bila diuruskan dengan betul. Kemarahan menandakan waktu kita perlu membetulkan hal yang salah, mempertahankan diri dan orang lain, dan membetulkan keadaan. Sebenarnya, kemarahan juga boleh menjadi mangkin penyembuhan dan pemulihan hubungan. 



Lihatlah apa yang dikatakan tentang hal ini dalam Efesus 4:26-27 BM: 



“Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa." Janganlah marah sepanjang hari. Janganlah berikan peluang kepada Iblis. 

Ini menggalakkan kita bahawa hari yang menyakitkan hati haruslah juga menjadi hari penyembuhan kita. Ini bermakna kita perlu menggunakan kemarahan kita untuk menghasilkan tindakan—bukan berdendam. 



Jadi, bagaimanakah kita menangani kemarahan kita dalam cara yang memberikan hidup?  




  1. Mengakui kemarahan yang dirasai. Tarik nafas panjang. Sebelum mengatakan apa-apa yang akan dikesali, berhenti sejenak dan fikirlah sebab anda marah. Adakah seseorang melanggar batasan yang ingin anda lindungi? Adakah seseorang menyakiti orang yang anda kasihi atau hargai? Adakah ketidakadilan yang perlu dibetulkan? Jika ya, jangan merenunginya. Lakukan sesuatu. Berbuallah dengan seseorang, dan berjuang untuk penyembuhan meskipun perasaan tersinggung anda.  

  2. Berdoa tentang kemarahan anda. Mintalah Roh Kudus untuk penguasaan diri, fikiran yang sihat, dan sikap memberikan maaf yang tenang. Mintalah Allah untuk mendedahkan mana-mana lingkungan kemarahan yang perlu diakui, atau jika tindakan perlu diambil.  

  3. Carilah pemulihan dan perdamaian. Jika anda memarahi seseorang, hari anda rasa tersinggung itulah harus menjadi hari pemaafan. Jangan tunggu hingga esok untuk memberikan maaf yang boleh diberikan hari ini. 


Kemarahan pasti berlaku, tetapi kita tidak perlu takut atau malu tentangnya. Kita tidak mengawal apa yang berlaku kepada kita, tetapi kita boleh mengawal bagaimana kita memberikan respons. Oleh itu, marilah kita menjadi orang yang lambat bereaksi, cepat meminta maaf, dan mudah memaafkan, supaya kita boleh memimpin dengan penuh kasih.



Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau memberikan kita emosi marah. Apabila saya rasa kemarahan akan timbul, berilah saya kebijaksanaan untuk berhenti sejenak dan menyerahkannya kepada-Mu. Tolonglah saya untuk cepat mendengar tetapi lambat berkata-kata. Berikan saya penguasaan diri, dan tolonglah saya untuk mengurus kemarahan saya dalam cara yang memuliakan-Mu. Dalam nama Yesus, amin. 



*Perhatian: Jika anda mengalami luka yang dalam atau trauma, atau menghadapi situasi yang melibatkan perdamaian yang bahaya, carilah seorang kaunselor Kristian. 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

No Offense

Daripada tajuk berita yang terkini kepada komen media sosial, terdapat banyak peluang untuk berasa tersinggung setiap hari. Namun, bagaimana kalau kita memutuskan untuk memberikan respons yang berbeza? Dalam Pelan Alkita...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami