Info Pelan

Jangan Tersinggung Sampel

No Offense

HARI 3 DARIPADA 7

Masalah Kemarahan



Kita telah berbincang tentang masalah kemarahan kita sepanjang dua hari yang lalu. Namun, mengapakah kita menjadi begitu marah? Mengapakah begitu sukar untuk melepaskan rasa tersinggung? 



Tiada jawapan satu saiz padan semua yang mudah. Kadang-kadang, kemarahan ialah tanda masalah yang lebih besar. Dalam keadaan itu, memanglah bijak untuk mendapatkan bantuan kaunselor, pastor, atau kawan yang dipercayai. 



Walau bagaimanapun, marilah kita lihat kemarahan kolektif yang kita alami dari segi budaya. Mengapakah kebanyakan daripada kita rasa tersinggung sepanjang masa? 



Sebahagiannya ialah kemarahan kita kini didokumenkan secara terang-terangan. Dulu kita marah dan meneruskan hidup. Sekarang ini, kita membuat hantaran di media sosial semasa marah, dan tindakan ini memarakkan lagi kemarahan. 



Kita juga perlu ingat bahawa kita mempunyai musuh sebenar yang ingin mencuri, membunuh dan merosak. Kemarahan manusia jatuh ke dalam rancangan itu. 



Ingatlah: Kemarahan ialah satu emosi—bukan dosa. Walau bagaimanapun, apa yang kita lakukan dengan kemarahan itu boleh menjadi satu masalah. Sebenarnya, ada tiga cara kemarahan kita boleh menyebabkan kemusnahan. 




  1. Ia memecahbelahkan kita. Kita semua pernah mengalaminya. Anda melihat seorang saudara atau kawan karib yang berkongsi sesuatu yang anda tidak setuju, dan anda segera menjadi marah. Darah anda mendidih, dan reaksi mengikut gerak hati anda ialah membalas, memberikan respons yang melukakan hati, atau memutuskan persahabatan itu. Begitu: Dunia yang berpecah-belah memerlukan gereja yang bersatu. Kita memerlukan satu sama lain. Jika kita menyekat orang yang tidak bersepakat, kita merampas peluang kita untuk belajar, bertumbuh, dan berkongsi kasih Allah. 

  2. Ia mengalihkan perhatian kita. Ada kalanya, kemarahan kita mengalihkan perhatian kita dengan kebimbangan duniawi dan bukannya dengan perkara abadi. Itu tidak bermaksud kita tidak mengendahkan perkara yang dititikberatkan oleh Yesus atau tidak mempedulikan ketidakadilan yang menyakiti anak Allah. Namun, ia bermaksud kita tidak boleh membenarkan kemarahan kita untuk menghalang kita daripada mengasihi orang lain seperti Yesus. 

  3. Ia menyebabkan kita diragui. Apabila kita sentiasa marah, orang lain tidak akan melihat kasih Yesus dalam kita. Ya, kadang kala Yesus pun marah. Walau bagaimana pun, Dia terkenal kerana kasih-Nya bukan kemarahan-Nya. Kita tidak dipanggil untuk menjadi betul. Kita dipanggil untuk saling mengasihi. Jadi, janganlah menyebabkan kesaksian kita diragui dengan mengesahkan tanggapan bahawa orang Kristian adalah munafik, suka menilai, atau pahit. 


Marilah kita melepaskan kemarahan yang menjadikan kita tebusan. Sebaliknya, marilah kita mencontohi Kristus, yang tidak membiarkan kemarahan-Nya membawa kepada dosa. Kasih-Nya adalah cukup berkuasa untuk melindungi orang yang ditindas dan penindas. Kita dipanggil untuk melakukan hal yang sama—untuk membetulkan hal yang salah tanpa mengetepikan orang dan untuk mencari keadilan sementara berbelas kasihan. 



Doa: Allah, saya tidak mahu kemarahan saya untuk memecahbelahkan, mengalihkan perhatian, atau menyebabkan keupayaan saya untuk menunjukkan kasih-Mu terhadap orang lain diragui. Tunjukkan saya lingkungan di mana kemarahan saya menimbulkan masalah dan rendahkanlah hati saya. Tolonglah saya untuk terkenal kerana kasih saya, bukannya kemarahan saya. Dalam nama Yesus, amin. 


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

No Offense

Daripada tajuk berita yang terkini kepada komen media sosial, terdapat banyak peluang untuk berasa tersinggung setiap hari. Namun, bagaimana kalau kita memutuskan untuk memberikan respons yang berbeza? Dalam Pelan Alkita...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami