Berita Baik Tentang CubaanSampel

Kebenaran #3: Kita Ada Jalan Keluar
Mengharungi cubaan mungkinlah seletih dan mengecewakan seperti mencari jalan keluar daripada pagar sesat, suatu sistem laluan keliru yang kompleks, termasuk banyak jalan mati, yang mesti diharungi demi mencari jalan keluar.
Paulus menyimpulkan galakannya kepada orang Korintus dengan berkata, "Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya” (1 Korintus 10:13).
Berita baiknya ialah kita mempunyai jalan keluar daripada cubaan kita!
Kita perlu mengetahui bahawa Allah memandang pagar sesat cubaan kita dari udara, dan Dia bukan sahaja mengetahui kedudukan jalan keluar, malah ingin memegang tangan kita dan memimpin kita keluar. Pimpinan-Nya bolehlah semudah menyabitkan kita bersalah kerana menonton siri televisyen tertentu, menggerakkan kita untuk menahan diri daripada bersuara semasa perbualan yang sengit, serta mendorong kita untuk melepaskan diri daripada masalah seperti yang dilakukan oleh Yusuf semasa digoda oleh isteri Potifar.
Allah tidak suka melihat kita disepit oleh cubaan. Dia berhasrat agar kita hidup bebas daripada dosa, maka Dia berjanji untuk menyediakan jalan keluar bagi kita setiap kali kita dicubai, kita cuma perlu rela berserah kepada pimpinan-Nya.
Oleh itu, lain kali anda dicubai, ingatlah berita baik:
1. Anda tidak keseorangan.
2. Anda boleh mengatakan tidak.
3. Allah akan menyediakan jalan keluar bagi anda.
Doa:
Allah, terima kasih kerana saya tidak perlu mengharungi cubaan secara keseorangan, Engkaulah yang memegang tangan saya dan memimpin saya menjauhi bahaya. Amin.
Perihal Pelan

Anda mungkin tidak mempercayainya, tetapi memang ada berita baik tentang cubaan. Renungan tiga hari yang ringkas ini mengolah satu ayat Alkitab dengan beberapa kebenaran yang menenangkan hati untuk membantu anda menangani cubaan.
More