Berita Baik Tentang CubaanSampel

The Good News About Temptation

HARI 2 DARIPADA 3

Kebenaran #2: Kita Boleh Mengatakan Tidak

Berterus-teranglah, cubaan tertentu mungkin sangat mengacah-acah sehinggakan menolaknya kelihatan tidak munasabah. Biasanya, pada ketika inilah kita tergoda, segera menyesali keputusan kita dan memberikan alasan dengan mengatakan, "Saya tidak dapat menahan diri" atau "Mereka membuat saya melakukannya". Pernyataan Paulus kepada gereja di Korintus segera menghilangkan dusta seperti itu semasa ia berkata, "Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai melebihi kekuatanmu.” (1 Korintus 10:13).

Berita baiknya ialah kita boleh mengatakan tidak terhadap cubaan kita!

Kita boleh mengatakan tidak, tetapi bukan dengan kekuatan sendiri, kita memerlukan kehadiran dan kuasa Roh Kudus dalam kita untuk melindungi kita daripada rancangan jahat Iblis. Kebenarannya ialah tanpa bantuan Roh Kudus, kita akan mendapati diri lebih kerap mengatakan ya terhadap dosa. Persekutuan dengan Roh Kuduslah yang menghasilkan buah penguasaan diri, bukan sahaja memberikan kita keinginan malah keupayaan untuk mengatakan tidak bila berhadapan dengan cubaan. Jika kita lebih bergantung pada Roh Kudus, kita akan hidup dengan lebih sedikit kekesalan.

Sementara penguasaan diri ialah sifat baik Kristian, menentang cubaan tidak harus tertumpu pada keupayaan kita untuk mengatakan tidak kepada Iblis, sebaliknya tertumpu pada keinginan kita untuk mengatakan ya kepada Allah. Memiliki hati yang suka menyenangkan hati Allah dan bertujuan berbuat demikian, menjadikan mengatakan tidak lebih mudah.

Hal yang penting kepada tetap kukuh dalam iman bukanlah pengaburan garisan antara apa itu cubaan dan apa itu dugaan. Perbezaannya ialah cubaan merupakan jemputan Iblis untuk menghapuskan iman, dugaan ialah jemputan Allah untuk mengukuhkan iman kita; walaupun Allah membenarkan kita untuk dicubai, Dia setia untuk tidak membenarkannya untuk membinasakan kita.

Berdiri dengan yakin menyedari bahawa dengan bantuan Allah, anda boleh mengatakan tidak semasa berhadapan dengan cubaan.

Doa:

Allah, terima kasih kerana kesetiaan-Mu dan kerana Engkau tidak mungkin membenarkan cubaan saya untuk membinasakan saya. Penuhilah saya dengan Roh Kudus-Mu dan menghasilkan keinginan dan keupayaan dalam saya untuk mengatakan tidak semasa saya dicubai. Amin.

Perihal Pelan

The Good News About Temptation

Anda mungkin tidak mempercayainya, tetapi memang ada berita baik tentang cubaan. Renungan tiga hari yang ringkas ini mengolah satu ayat Alkitab dengan beberapa kebenaran yang menenangkan hati untuk membantu anda menangani cubaan.

More

Kami berterima kasih kepada Journey Church SA kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.journeychurch.co.za/

Pelan yang Berkaitan