Info Pelan

Berita Baik Tentang CubaanSampel

The Good News About Temptation

HARI 1 DARIPADA 3

Kebenaran #1: Kita Tidak Keseorangan


Di tengah-tengah cubaan, memanglah mudah untuk berasa seolah-olah kita sahajalah di dunia ini yang sedang merentas hutan fikiran dan nafsu jahat. Rasul Paulus menghiburkan hati jemaat Korintus dengan kata-kata ini, "Tiap-tiap cubaan yang kamu alami itu cubaan yang biasa dialami orang” (1 Korintus 10:13).



Berita baiknya ialah kita tidak keseorangan dalam cubaan kita!



Sebenarnya, semua cubaan kita adalah biasa – tidak asing lagi, lazim, atau sejagat. Walau bagaimanapun, Iblislah – yang dipanggil 'bapa segala dusta' oleh Yesus – yang menipu kita untuk berfikir bahawa kita berhadapan dengan cubaan yang tersendiri. Itu tidak benar sama sekali. Setiap manusia bergelut dengan fikiran dan nafsu jahat yang sama seperti kita, sehari ke sehari. Bahaya mempercayai bahawa cubaan kita adalah tersendiri ialah ia boleh menyebabkan kita untuk dikuasai oleh rasa malu, membuat kita meragui kasih besar Allah terhadap kita.



Di samping itu, kita boleh dihiburkan oleh kesedaran bahawa semasa Yesus hidup di dunia ini, Dia juga bergelut dengan cubaan yang sama seperti kita! Satu-satunya perbezaannya ialah Dia tidak pernah tergoda dan berdosa, dan itulah yang melayakkan Dia untuk menjadi korban yang sempurna untuk dosa kita.



Oleh itu, tabahkanlah hati, cubaan anda tidaklah tersendiri dan anda tidak keseorangan, Allah menyertai anda dan Dia ingin menolong anda.



Doa:



Allah, terima kasih kerana saya tidak keseorangan semasa berhadapan dengan cubaan saya, Engkau menyertai saya sepanjang jalannya. Berikanlah saya kuasa-Mu untuk mengatakan tidak semasa saya berhadapan dengan cubaan; juga iman untuk mempercayai bahawa Engkau mengampunkan saya semasa saya gagal dan mengatakan ya terhadap cubaan. Amin.


Hari 2

Perihal Pelan

The Good News About Temptation

Anda mungkin tidak mempercayainya, tetapi memang ada berita baik tentang cubaan. Renungan tiga hari yang ringkas ini mengolah satu ayat Alkitab dengan beberapa kebenaran yang menenangkan hati untuk membantu anda menangan...

More

Kami berterima kasih kepada Journey Church SA kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.journeychurch.co.za/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami