Info Pelan

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!Sampel

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

HARI 6 DARIPADA 6

“Enam Kunci Doa yang Sihat dan Seimbang – Bahagian Kedua”




4. Nyatakan keperluan dan kehendak peribadi anda kepada Tuhan dan memohon Dia untuk memenuhi permintaan anda. “Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini…”                                                                                                    




Kasih sayang Tuhan untuk anda adalah mendalam, abadi dan tanpa syarat. Kasih sayang-Nya sering dibandingkan dengan kasih sayang seorang ayah yang penyayang terhadap anaknya dalam Alkitab. Dia mahu mendengar daripada anak-Nya (andalah anak-Nya); Dia mahu mendengar tentang kehidupan anda, keperluan dan keinginan anda, Dia mahu anda datang kepada-Nya untuk keperluan tersebut. Kasih-Nya terhadap anda mendorong Dia untuk memberkati anda jauh lebih banyak daripada yang anda harapkan.




5. Mintalah Tuhan untuk mengampunkan dosa anda, dengan kesedaran akan keperluan anda untuk mengampunkan orang lain yang mungkin telah menganiayai anda. “Maafkan hutang kami, kerana kami juga telah memaafkan penghutang kami.”




Meminta Tuhan mengampunkan dosa kita bermula terlebih dahulu dengan mengakui dosa itu kepada diri sendiri, kemudian mengakui dosa itu kepada Tuhan. 




“Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Tuhan, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.” I Yohanes 1:9                                       




Anda harus yakin bahawa Tuhan telah mengampunkan anda dan menyucikan anda daripada dosa anda. Dengan pengampunan itu, anda juga dibebaskan daripada rasa bersalah, rasa malu dan pengutukan.




Tetapi Tuhan juga mahu kita mengampunkan orang lain sebagaimana Dia telah mengampunkan kita. Sebagaimana menerima pengampunan daripada Tuhan membawa kebebasan, begitu juga dengan mengampunkan orang lain - dibebaskan daripada kepahitan, dendam dan tidak membiarkan penderitaan masa lalu untuk terus menyakiti kita.




Pengampunan, baik menerima mahupun memberikannya, adalah asas untuk menjalani kehidupan yang bebas dalam Kristus.




6. Berdoalah untuk bimbingan Tuhan bagi membantu mengelakkan godaan dan situasi yang tidak mencerminkan-Nya. “…janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.”


                                                                                                               


Tuhan telah mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kejahatan seperti yang dijanjikan dalam I Yohanes 1:9, tetapi kita masih akan menghadapi godaan, semasa hidup di dunia yang fana ini. Bahagian Doa Bapa Kami ini menekankan kepentingan tidak leka dan berasa puas dengan pengampunan yang Tuhan berikan kepada kita, tanpa memikirkan kepentingan menghindari dosa pada masa depan. Walaupun Tuhan telah menghapuskan hukuman dosa rohani dengan mengampunkan kita, Dia tidak semestinya menghapuskan akibat dosa yang berbahaya. Atas sebab ini, memanglah penting untuk kita berdoa meminta pertolongan Tuhan untuk mengelakkan godaan.




Setiap hari, mula memberikan Tuhan seberapa waktu yang anda mampu dalam doa. Tuhan tidak mempunyai kuota yang anda perlu capai setiap hari. Selain itu, kadang kala mungkin mencabar untuk memberikan tumpuan dan mengelak daripada "mengantuk." Jangan putus asa; ketahuilah bahawa anda akan diberkati Tuhan apabila anda meluangkan masa untuk-Nya dalam doa!



Hari 5

Perihal Pelan

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

Ketahui asas-asas untuk membina kehidupan doa yang kuat dan efektif. Doa - berkomunikasi dengan Tuhan secara peribadi - adalah kunci untuk melihat perubahan yang positif dalam kehidupan dan persekitaran kita. Dipetik dar...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami