Info Pelan

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!Sampel

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

HARI 4 DARIPADA 6

“Model Tuhan untuk Doa Peribadi yang Efektif”




Doa Bapa Kami adalah antara ayat-ayat yang paling dikenali dalam Alkitab. Sebilangan besar orang telah menghafal Doa Bapa Kami, atau sekurang-kurangnya mengenalnya apabila mendengarnya. Yesus memerintah para pengikut-Nya:




“Sepatutnya kamu berdoa begini: ‘Ya Bapa kami yang di syurga, Engkaulah Tuhan yang Esa, semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati. Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami, seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.’” Matius 6:9-13




Doa Bapa Kami adalah salah satu doa yang paling banyak dibaca hingga hari ini. Tetapi ketika Yesus memberikan kata-kata berharga ini kepada para pengikut-Nya, niat-Nya melewati memberikan doa yang berkesan untuk dihafal. Dia memberikan kita rangka penting untuk mendasarkan semua doa kita.




Fikirkan sejenak tentang perkara yang cenderung membatasi anda ketika berdoa, atau halangan berdoa yang dihadapi. Mungkin anda cenderung memfokus pada diri sendiri. Mungkin anda mudah dialihkan perhatian ketika berdoa, atau mungkin tertidur juga. Ini merupakan masalah yang lazim dialami oleh kita semua dari semasa ke semasa.




Doa Bapa Kami menyediakan asas untuk mengatasi kecenderungan dan halangan ini apabila dipecahkan kepada komponen-komponen dalam bahagian berikutnya.



Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

Ketahui asas-asas untuk membina kehidupan doa yang kuat dan efektif. Doa - berkomunikasi dengan Tuhan secara peribadi - adalah kunci untuk melihat perubahan yang positif dalam kehidupan dan persekitaran kita. Dipetik dar...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami