Info Pelan

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!Sampel

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

HARI 3 DARIPADA 6

“Doa Peribadi”




Berdoa bersama rakan-rakan, ahli keluarga atau hanya berdoa sebelum makan adalah cara terbaik untuk berkomunikasi dengan Tuhan ketika berada di tempat awam. Selain daripada mengambil bahagian dalam doa bersama, Tuhan mahu kita mengamalkan doa peribadi yang lebih sulit - hanya antara anda dan Tuhan. Yesus berkata berikut mengenai privasi dalam doa kita:




“Tetapi apabila kamu berdoa, masuklah ke bilik dan tutuplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu yang tidak kelihatan itu. Bapa kamu yang mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi itu, akan memberikan pahala kepada kamu.” Matius 6:6




Arahan Yesus kepada kita untuk berdoa di sebalik pintu tertutup menunjukkan bahawa Tuhan berminat secara peribadi dalam kehidupan kita. Keinginan-Nya adalah mempertingkatkan hubungan peribadi kita dengan-Nya melalui komunikasi satu dengan satu. Tuhan melihat komitmen anda untuk memiliki persekutuan peribadi dengan-Nya, dan berjanji akan memberi pahala dan memberkati anda.




Tuhan juga mahu kita ikhlas dan terbuka dalam komunikasi kita dengan-Nya, sama seperti antara kita dan orang yang dikasihi. Walaupun menghafal doa adalah amalan yang sihat, sebenarnya Tuhan mahukan penyataan diri kita yang sejati kepada-Nya dan bukan sekadar mengulang rangkaian kata yang telah dihafal. Yesus mengatakan ini tentang ketulusan dalam doa kita:




“Apabila kamu berdoa, jangan gunakan banyak kata yang tidak bererti seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Tuhan. Mereka menyangka bahawa Tuhan akan mendengarkan permintaan mereka kerana doa mereka panjang. Jangan berbuat seperti mereka. Bapa kamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu memintanya.” Matius 6:7-8




Walaupun Tuhan mengetahui apa yang kita perlukan dan mahu sebelum kita meminta, Dia masih ingin kita mengungkapkan permintaan itu kepada-Nya dengan ikhlas dan penuh harapan bahawa Dia inginkan yang terbaik buat kita. Dia berhasrat untuk menjawab setiap doa dengan kasih sayang dan kesetiaan.




Satu lagi unsur penting dalam doa peribadi adalah kegigihan dan ketekunan. Tuhan tidak pernah jemu mendengar permintaan kita, walaupun permintaan itu sama seperti yang pernah kita minta daripada-Nya. Yesus mengatakan berikut tentang ketekunan dalam doa kita:




“Mintalah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Tuhan akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Tuhan akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Tuhan akan mendapatnya; dan Tuhan akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya.” Matius 7:7-8




Menguntukkan masa setiap hari untuk komunikasi peribadi dengan Tuhan adalah penting untuk bertumbuh dalam perjalanan Kristian kita. Cuba pilih waktu setiap hari di mana anda tidak akan diganggu, dan jangan risau bahawa Tuhan akan meneliti jumlah waktu yang anda berikan kepada-Nya; Dia tidak berbuat demikian. Dia hanya mahukan anda. Privasi, keikhlasan dan ketekunan adalah tiga ciri yang sangat penting ketika anda bersendirian dengan Tuhan dan yang akan membantu anda membina hubungan intim dengan-Nya. Anda akan menikmati masa yang berharga ini, dan akan mula bergantung pada Dia dalam cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.



Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

Ketahui asas-asas untuk membina kehidupan doa yang kuat dan efektif. Doa - berkomunikasi dengan Tuhan secara peribadi - adalah kunci untuk melihat perubahan yang positif dalam kehidupan dan persekitaran kita. Dipetik dar...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami