Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 2 DARIPADA 21

Allah Itu Penyedia Kita



Pernahkah anda duduk di meja makan dan tertanya-tanya bil mana yang boleh dibayar lambat supaya bekalan elektrik untuk lampu anda tidak dipotong? Bagaimana pula dengan duduk di dalam kereta dan menyemak akaun anda ketika di stesen minyak untuk melihat berapa banyak petrol yang dapat dibeli untuk kereta anda? Kehidupan berjalan dan ada kalanya, kehidupan berjalan dengan cepat.  Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang harus diingati — Allah sentiasa menyediakan.



Cuma satu saja, Allah tidak selalu menyediakan dalam cara yang difikirkan oleh kita. Kita mungkin inginkan seseorang untuk memberikan kita wang, sebaliknya terjadi ralat dalam bayaran kita yang sebelumnya, dan kini kita mempunyai tunggakan bil. Kita mungkin cuba menghitung betapa jauh kita boleh jalan dengan petrol yang tinggal dalam tangki minyak kita apabila kita menyedari bahawa kita tidak mempunyai banyak kerja suruhan yang perlu dilakukan pada minggu ini. Allah mampu, dan Dia menyediakan untuk kita.



Abraham tahu rasanya mempercayai Allah untuk menyediakan. Abraham dengan taatnya membawa anak lelakinya Ishak menaiki gunung untuk dikorbankan, mempercayai bahawa Allah akan menyediakan penggantinya.    



Dalam Kejadian 22:9-19, Abraham bersedia untuk mengorbankan anak tunggalnya apabila malaikat berseru kepadanya untuk berhenti. Terdapat seekor domba jantan di belukar dan Abraham menggunakan domba itu sebagai korban, menggantikan anaknya. Ketika Abraham berfikir tiada pilihan yang lain, Allah menyediakan.  



Jehovah-Jireh bermaksud "TUHAN Menyediakan Apa Yang Diperlukan" (Kejadian 22:14). Allah memastikan bahawa Abraham tidak perlu mengorbankan anak lelakinya itu.



Setiap hari, setiap seorang daripada kita perlu membuat pilihan. Pilihan untuk membuat bayaran, mempercayai Allah untuk menyediakan dari segi kewangan. Pilihan untuk menjadi baik hati, mempercayai bahawa Firman Allah adalah benar. Pilihan untuk membuat keputusan kehidupan yang baik, mempercayai bahawa Allah melihat perbuatan baik kita. Apabila kita mempercayai Allah dari segi kewangan, emosi, dan rohani, Dia sentiasa menyediakan kerana itulah Dia. Allah ialah Dia yang menyediakan.   



Renungan:




  • Adakah anda pernah memerlukan sesuatu pada masa lalu, menerimanya, dan tertanya-tanya bagaimana itu berlaku?

  • Bilakah anda berupaya membantu menyediakan sesuatu untuk seseorang? Bagaimana rasanya?

  • Apakah satu perkara yang anda perlukan bantuan Allah untuk menyediakannya? Mintalah agar Dia menyediakannya.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami