Info Pelan

Mempercayai Allah Adalah Baik Walau Apa PunSampel

Believing God Is Good No Matter What

HARI 1 DARIPADA 5

"Tiada kebaikan selain daripada Allah." Sesetengah orang menganggap bahawa Allah rasa marah sebahagian besar masanya dan kebaikan-Nya hanya tahan sekejap, tetapi Alkitab memberitahu kita hal yang bertentangan! Anda selalunya buah hati-Nya walaupun anda rasa seperti buah yang rosak. Allah sudah lupakan kejahatan yang anda lakukan atau kata-kata buruk yang anda ucapkan. Dia mungkin rasa marah atau kecewa untuk seketika, tetapi Dia sudah melupakannya. Sudahkah anda berbuat demikian? Anda tidak perlu risau tidak disukai lagi kerana kegagalan. Kebaikan Allah adalah berterusan dan tidak berkesudahan. Kebaikan-Nya sentiasa menyelubungi kita, pada kita, dan bersama kita; Kebaikan Allah kekal selama-lamanya! Sebenarnya, kebaikan tidak wujud tanpa Allah; ia tidak muncul sendiri—terasing daripada-Nya. Ia sudah tentu tidak berasal daripada manusia (Perlukah anda mengajar anak anda untuk bersikap jahat, atau baik?). Allah adalah sumber segala kebaikan dan segala benda yang baik. Sesetengah orang masih mengasingkan kebaikan daripada Allah, lalu mengurangkan keperluan manusia untuk bersyukur, memuliakan, dan menyembah-Nya. Pengajian ini adalah tentang memulakan perjalanan untuk melatih mata anda untuk melihat kebaikan Allah yang tidak kelihatan jika pengajian ini tidak dijalankan dan rupa bentuk kebaikan-Nya dalam kehidupan sehari-hari anda. Sepanjang lima hari seterusnya, anda akan mula melihat kehidupan anda melalui kanta kebaikan Allah. Renungkan: Apakah beberapa perkara baik dalam hidup anda yang mudah terlepas perhatian? DOAKAN: Allah, terima kasih kerana Engkau hadir dalam hidup saya. Bantulah saya membuka mata saya untuk melihat bahawa Engkaulah sumber segala kebaikan dan bahawa Engkau membawakan kebaikan ke dalam kehidupan sehari-hari saya. Dalam Nama Yesus. Amin.
Hari 2

Perihal Pelan

Believing God Is Good No Matter What

Terdapat mesej tertentu pada masa kini, di luar dan di dalam gereja, yang mencemari mesej sebenar kebaikan Allah. Kenyataannya adalah Allah tidak wajib memberikan kita perkara yang baik—tapi Dia ingin memberikannya! Lima...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah Publishing Group kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.goodthingsbook.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami