Bagaimana Mengatasi KetakutanSampel

How to Battle Fear

HARI 4 DARIPADA 4

Menegaskannya

Sebelum waktu yang sukar melanda, memanglah bijak untuk bersiap sedia untuk tindakan kita. Kita boleh mempercayai Allah sepenuhnya meskipun kita tidak melihat langkah seterusnya. Cara yang terbaik untuk mengatasi ketakutan ialah mengucapkan Firman Allah. Oleh itu, marilah kita mengubah ayat yang berikut menjadi pernyataan.

Roma 12:2
Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna. (BM)

Doa: Allah, tolonglah saya agar tidak mengikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Roh Kudus-Mu membaharui cara saya berfikir. Sesudah itu, saya akan mengetahui kehendak-Mu yang baik, yang menyenangkan hati-Mu dan yang sempurna. 

Filipi 4:8
Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi — jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji — tumpukan fikiran kepadanya. (AVB)

Doa: Allah, dengan pertolongan-Mu, saya akan menumpukan fikiran saya pada apa sahaja yang benar, mulia, adil, suci, indah, dipandang tinggi, baik dan terpuji. 

2 Korintus 10:5
Kami mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus. (BM)

Doa: Allah, dengan kuasa-Mu, saya mengatasi setiap sesuatu yang menentang pengetahuan tentang Allah, dan menawan setiap fikiran supaya taat kepada Kristus.

Kolose 3:2
Tumpukan pemikiranmu kepada hal-hal di syurga, bukan hal-hal di bumi. (AVB)

Doa: Allah, saya menumpukan pemikiran saya kepada hal-hal di syurga, bukan hal-hal di bumi.

2 Timotius 1:7
Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri. (BM)

Doa: Allah, Engkau tidak menjadikan saya penakut, sebaliknya melengkapi saya dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.

1 Petrus 5:7
Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu. (BM)

Doa: Allah, saya menyerahkan segala kekhuatiran saya kepada-Mu kerana Engkau mengambil berat tentang saya.

Jangan jadikan semua ini doa anda untuk sekali sahaja—ucapkannya sepanjang hari. Ketakutan tidak suka melepaskan genggamannya, maka kita harus bertempur demi kebebasan. Meskipun anda malas hendak mengucapkan penegasan tersebut, ucapkan sahaja. Anda mungkin tidak rasa apa-apa selepas mengucapkannya sekali. Tidak apa. Doakan lagi. Berulang kali. Lagi. Kita tidak berdoa apabila kita ingin berdoa sahaja. Kita cuma berdoa

Anda boleh menuliskan doa ini atau menangkap gambarnya dengan peranti anda. Dengan demikian, anda membawanya sepanjang hari.

Perihal Pelan

How to Battle Fear

Pada waktu yang belum pasti, penetapan minda kita yang biasa ialah ketakutan. Apabila kita membiarkan diri terus memikirkan "bagaimana kalau" dengan rasa takut, ia seolah-olahnya melegakan kita. Sebagai pengikut Yesus, kita boleh melawan ini. Kita tidak perlu ditewaskan oleh ketakutan. Pelan ini dipenuhi dengan petua praktikal sementara anda bersedia untuk mengatasi pertempuran ketakutan.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.