Bagaimana Mengatasi KetakutanSampel

Memandang Ke Atas
Sungguh mencabar apabila kita mendapati diri dihujani ketakutan. Kita mahu mengatasinya, namun kita bergelut untuk melakukannya. Sering kali, masalahnya ialah tumpuan pandangan kita. Malangnya, kita sering melihat masalah kita dan sekadar memandang Allah sepintas lalu. Kita harus melakukan hal yang bertentangan. Marilah kita melihat Allah kita yang baik, kuat, dan berkuasa, dan hanya memandang masalah kita sepintas lalu. Dengan cara ini, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
Ibrani 12 merupakan satu peringatan yang baik. Adakah kita menghabiskan tenaga kita tertumpu pada cubaan dan pergelutan di hadapan kita, atau kita tertumpu pada Allah yang mengatasi semua itu? Ibrani 12:2 memberitahu kita untuk “mengarahkan mata kita kepada Yesus.” Mengapa? Kerana Dialah Pelopor dan Penyempurna iman kita.
Oleh itu, untuk mengetahui tumpuan fikiran anda, tanyalah diri anda soalan yang berikut:
Adakah tumpuan saya lebih ditujukan kepada Allah atau keadaan harian?
Adakah saya cenderung berasa risau tentang pergelutan saya daripada mempercayai Allah?
Adakah saya melayan ketakutan dengan membayangkan situasi "bagaimana kalau"?
Disebabkan kita ialah manusia, kita tetap akan berlawan dengan keinginan daging kita. Dalam pada itu, daging kita akan sentiasa mengalir ke arah perkara yang menyenangkan dan perkara yang lebih mudah. Memanglah lebih mudah untuk membiarkan fikiran kita melayang-layang menuju kepada perkara yang tidak dapat diduga dan ketidakpastian hidup. Namun, kita boleh mengubah itu.
Kita harus mengarahkan pandangan ke atas kepada Yesus. Apabila kita berbuat demikian, fikiran kita kurang kemungkinan tertumpu pada masalah di bawah. Kita tidak menjadi terlalu letih, lalu memiliki kekuatan untuk meneruskan perjalanan kita. Janganlah berputus asa.
Pada akhir Pelan ini, kami akan memberikan anda beberapa ayat untuk melengkapi anda untuk menentang ketakutan apabila hidup menjadi tidak pasti. Walau bagaimanapun, untuk hari ini, di mana pun anda berada, angkatlah dagu anda beberapa inci dan biarlah mata anda memandang ke atas juga. Ucapkan doa ringkas kepada Allah bahawa anda memilih untuk mempercayai-Nya. Ulang ini setiap kali anda rasa dihujani ketakutan.
Perihal Pelan

Pada waktu yang belum pasti, penetapan minda kita yang biasa ialah ketakutan. Apabila kita membiarkan diri terus memikirkan "bagaimana kalau" dengan rasa takut, ia seolah-olahnya melegakan kita. Sebagai pengikut Yesus, kita boleh melawan ini. Kita tidak perlu ditewaskan oleh ketakutan. Pelan ini dipenuhi dengan petua praktikal sementara anda bersedia untuk mengatasi pertempuran ketakutan.
More