Bagaimana Mengatasi KetakutanSampel

Mengujinya
Pada waktu sukar, kita mesti berfikir tentang perkara yang memenuhi fikiran kita. Memanglah penting untuk berpengetahuan, bersiap sedia, dan bersedia dengan sedaya upaya kita, tetapi kita tidak boleh sarat dengan terlalu banyak kenegatifan atau maklumat yang menimbulkan ketakutan. Allah dimuliakan apabila kita memainkan peranan kita, tetapi kita mesti membenarkan Dia untuk menguruskan semua hal yang lain. Tiada apa-apa yang mengejutkan Dia.
Apabila keadaan berada di luar jangkauan kita dan kita rasa seolah-olah kita hilang kawalan, kita sering membiarkan fikiran kita dipenuhi fikiran yang menakutkan dan senario bagaimana kalau. Tidak lama kemudian, tindakan kita tidak lagi rasional.
Ada berita baik! Kita mempunyai pembantu yang menolong kita mengaku fikiran kita. Filipi 4:8 merupakan ujian yang baik sama ada kita harus memikirkan sesuatu itu. Ayat ini memberitahu kita untuk berfikir tentang perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang suci, yang indah, yang dipandang tinggi, yang elok, dan terpuji. Tumpukan perhatian pada setiap perkataan yang disenaraikan di bawah.
Benar
Salah satu perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan tentang fikiran kita ialah, “Adakah ia benar?” Kita harus menumpukan perhatian pada perkara yang boleh dipercayai dan sebenar.
Mulia
Disebabkan kita ialah anak Allah, kita memiliki pangkat yang tertinggi! Fikiran kita haruslah berhemah dan serba indah. Janganlah berfikir secara jahat atau menjelikkan.
Adil
Memikirkan fikiran yang adil bermaksud membiarkan ketepatan dan kesesuaian memimpin kita. Kita telah dipanggil untuk hidup secara benar dan berfikiran adil oleh Firman Allah.
Suci
Suci dalam hati dan fikiran tidaklah sesukar yang difikirkan. Ia cumalah memilih untuk berfikir tentang perkara yang baik, mulia dan jujur.
Indah
Memikirkan fikiran yang indah bermakna melihat keindahan dalam hidup dan membenarkan fikiran kita untuk merenungi perkara tersebut. Marilah kita mencari hal yang baik.
Dipandang tinggi
Dipandang tinggi ialah sesuatu yang diingini oleh kebanyakan orang. Namun, adakah kita inginkan fikiran yang dipandang tinggi? Fikiran yang boleh dipercayai, unggul dan membolehkan kita untuk hidup dalam cara yang patut dipuji.
Elok
Perkara yang terbaik ialah perkara yang elok. Apabila fikiran kita adalah elok, fikiran kita adalah cemerlang, luar biasa, dan menakjubkan. Fikiran yang elok memimpin kita untuk menjalankan hidup yang elok.
Terpuji
Fikiran apakah yang terpuji? Fikiran tentang Allah. Jalan-Nya, rancangan-Nya, dan ciptaan-Nya, sekadar menyebutkan beberapa contoh sahaja. Berani saya katakan bahawa apabila fikiran kita tertumpu pada Dia, itu ialah perkara yang baik.
Oleh itu, apakah yang berlaku apabila kita menguji fikiran kita berdasarkan panduan tersebut dan keadaan kita masih kelihatan suram? Pada waktu inilah iman memainkan peranannya. Kita tidak dicipta untuk mengetahui masa depan—itu ialah kerja Allah. Dia melihat dan mengetahui masa depan kerana Dia maha mengetahui, maha berkuasa, dan Dia berada di semua tempat pada setiap masa. Tahukah anda? Dia melihat anda. Dia menyertai anda. Dia melindungi anda. Meskipun ketika anda tidak merasanya, percayalah bahawa Dia berpegang pada kebenaran-Nya.
Dapatkah kita menyesuaikan 100% daripada fikiran kita? Mungkin tidak. Walau bagaimanapun, dalam lingkungan fikiran kita, beberapa pembaikan adalah lebih baik daripada tiada pembaikan. Kita boleh bermula memenangi pertempuran mental ini dengan mengakui fikiran kita satu demi satu.
Perihal Pelan

Pada waktu yang belum pasti, penetapan minda kita yang biasa ialah ketakutan. Apabila kita membiarkan diri terus memikirkan "bagaimana kalau" dengan rasa takut, ia seolah-olahnya melegakan kita. Sebagai pengikut Yesus, kita boleh melawan ini. Kita tidak perlu ditewaskan oleh ketakutan. Pelan ini dipenuhi dengan petua praktikal sementara anda bersedia untuk mengatasi pertempuran ketakutan.
More