Info Pelan

Rumah Adven Kanak-kanakSampel

Children's Advent House

HARI 5 DARIPADA 25

Hari 5: Baca Lukas 1:26-38



Maria telah dilawat oleh malaikat dengan berita yang menakjubkan! Apakah berita itu? Tutup mata kamu dan bayangkan kamu dilawat oleh malaikat dan menerima berita seperti berita yang diterima oleh Maria. Pada pendapat kamu, apakah perasaan Maria? Adakah kamu melihat bagaimana Maria memberikan respons "Aku hamba Tuhan"? Tuhan memanggil kamu untuk melayani Dia pada hari ini juga! Dia amat mengasihi kamu! Bagaimanakah kamu dapat melayani Tuhan seperti yang dilakukan oleh Maria?



Aktiviti: Sediakan bekalan seni supaya anak kamu boleh membuat dan menghias malaikat. Biarlah mereka menggunakan kekreatifan dan menentukan rupa malaikat tersendiri. Sediakan kertas dan krayon ataupun lebih banyak bekalan seperti bulu, gemerlapan, labuci, benang, bebola kapas atau sekerap kertas binaan bentuk atau kain.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Children's Advent House

Para Ibu yang dikasihi, adakah musim Krismas kelihatan berlalu dengan keterujaan dan kehuru-haraan? Tahun ini adalah berbeza. Terokai khazanah kasih Kristus dengan anak anda pada musim Krismas ini! Rumah Adven Kanak-kana...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Help Club for Moms kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://helpclubformoms.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami