Info Pelan

Rumah Adven Kanak-kanakSampel

Children's Advent House

HARI 1 DARIPADA 25

Rumah Adven Kanak-kanak



Oleh: Tara Davis



Selamat Hari Krismas kawan! Adakah kamu mencari aktiviti Adven yang berpusatkan Kristus untuk dilaksanakan dengan anak kamu? Tidak perlu cari lagi! Rumah Adven Kanak-kanak ini akan menambahkan kebenaran dan keindahan kepada hidup anak kamu bagi setiap hari pada Adven ini!



Kamu boleh membuat ini semudah atau serumit yang mungkin, carilah Tuhan untuk mengetahui apa yang Dia ingin kamu untuk lakukan pada musim Krismas ini! Setiap hari pada Adven ini akan merangkumi petikan Alkitab untuk dibaca dan gambar untuk diwarnakan oleh anak kamu dalam "rumah" mereka. 



*Kamu boleh mencetak rumah warna pada akhir renungan hari ini. 



Kami sedar bahawa kamu ialah ibu yang sibuk, jadi kami menyediakan dua hari lapang pada setiap minggu dengan tingkap atau pintu kosong untuk diwarnakan oleh anak kamu. Gunakan hari lapang ini untuk mengejar kemajuan, bila perlu. Kami juga memasukkan ayat Alkitab dan doa ringkas untuk kamu pada hari lapang ini untuk memfokuskan hati kamu pada Yesus pada musim Krismas ini.



Pada akhir renungan setiap hari, ada aktiviti pilihan untuk bacaan lanjut. Sesuaikan mengikut kehendak kamu! Marilah mulakan persiapan yang menyeronokkan!



Persediaan: Kami mencadangkan melakukan perkara berikut untuk bersedia untuk aktiviti yang menyeronokkan ini. Sekali lagi, sesuaikan mengikut kehendak kamu!



1. Cetak Rumah Adven dua halaman untuk setiap anak kamu (lihat bahagian akhir renungan hari ini).



2. Sediakan pen penanda atau krayon untuk anak kamu pada setiap hari untuk mewarna rumah itu.



3. Beli sebungkus gula-gula supaya kamu boleh memberikannya kepada anak kamu setiap hari semasa membaca ayat harian. Firman Tuhan bagaikan madu bagi mulut kita, jadi berikan anak kamu kemanisan Alkitab pada musim Krismas ini! (Mazmur 119:103)



4. Lihatlah aktiviti harian terlebih dahulu dan memutuskan aktiviti yang akan dijalankan, dan menyediakan bahan yang diperlukan.



5. Sekarang, kamu sudah bersedia!



Baca: Pada 1hb Disember (atau hari sebelumnya), baca perenggan pengenalan berikut kepada anak kamu:



Hari ini harinya! Hari pertama Adven! Percaya tak Krismas hampir tiba? Ini merupakan waktu yang istimewa! Pernahkah kamu melihat rumah kek halia yang dihias dengan pelbagai gula-gula sedap, berkilauan dengan gula dan hampir bersinar dengan keterujaan Krismas? Jiwa kita seperti rumah itu juga, sebuah rumah agam yang menakjubkan dengan banyak bilik. Namun, setiap bilik dalam rumah itu adalah kosong, menantikan waktu diisi, dan kamu harus memutuskan bagaimana hendak memenuhi bilik itu!



Saya akan memberitahu kamu tentang Bapa syurgawi yang paling menakjubkan yang sangat mengasihi kamu! Dia cukup mengasihi kamu sehinggakan Dia mengutus Anak-Nya untuk menyelamatkan kamu daripada dosa kamu dan mengundang kamu untuk mengikut Yesus serta hidup dengan-Nya selama-lamanya! Bapa yang penyayang ini mahu kamu untuk mengisi bilik dalam rumah kamu dengan harta-Nya yang indah. Amsal 24:3-4 memberitahu kita bahawa "Rumah tangga didirikan di atas asas hikmat dan pengertian. Apabila ada pengetahuan, bilik-biliknya dilengkapi barang-barang yang berharga dan indah." Demi memenuhi bilik rumah kamu dengan barang-barang yang berharga daripada Tuhan, kamu mesti mencari kebijaksanaan! Di mana adanya kebijaksanaan itu? Alkitab! Semasa kamu membaca Firman Tuhan, surat cinta-Nya kepada kamu, kamu memenuhi setiap bilik dalam rumah jiwa kamu dengan harta yang paling indah! Harta yang bersinar dengan kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan dan kesetiaan!



Pada Krismas ini, sebagaimana kamu tertarik kepada perhiasan dan hadiah, saya mahu menggalakkan hati kamu untuk mencari Yesus dan belajar menyukai Firman-Nya juga! Yesus amat mengasihi kamu, kamu ialah anak yang dikasihi-Nya dan Dia mahu kamu untuk mencari-Nya pada Krismas ini dan setiap hari sepanjang tahun! Jadi, setiap hari bagi 25 hari seterusnya, kita akan membaca beberapa ayat Alkitab dan kamu boleh mewarnakan bilik dalam rumah Krismas kamu. Semua bilik ini dipenuhi harta sebenar Krismas! Semasa kamu mewarnakan setiap gambar, saya mahu kamu berfikir tentang kasih Tuhan terhadap kamu dan tentang banyak harta menakjubkan yang telah disediakan-Nya untuk kamu dalam-Nya!



Arahan Aktiviti:



Hari 1: Baca Wahyu 5:11-13 



Ini mungkinlah tempat yang aneh untuk memulakan cerita Krismas, tetapi ia adalah tempat yang terbaik untuk bermula! Sejak waktu Taman Eden, semasa dosa memasuki dunia sehingga sekarang, tiada orang yang dapat menyelamatkan kita daripada dosa kita dan daripada kematian. Kita memerlukan seorang Penyelamat! Kita memerlukan Tuhan untuk mendamaikan kita dengan-Nya. Tuhan sungguh mengasihi kita sehinggakan Dia sentiasa mempunyai rancangan untuk menyelamatkan kita! Dia datang ke dunia ini sebagai seorang bayi, seperti anak Domba kecil yang berharga dan sempurna. Dia membesar menjadi orang dewasa, orang yang tidak pernah melakukan kesalahan dan mengorbankan nyawa-Nya untuk kita supaya jiwa kita, yang membentuk kita, dapat hidup dengan-Nya selama-lamanya, meskipun selepas tubuh kita mati. Dalam ayat yang baru dibaca ini, malaikat dan makhluk lain memuji Yesus, menyanyi Dia ialah Tuhan dan satu-satunya yang layak menerima penghormatan, kemuliaan, kekuasaan, dan kekuatan selama-lamanya. Itulah tujuan Krismas! Kita, seperti malaikat, diberikan peluang untuk menjalankan kehidupan dengan tujuan mengasihi dan melayani Yesus! Sesungguhnya harta tidak ternilai telah diberikan kepada kita! Semasa kita belajar tentang kisah Krismas sepanjang beberapa minggu seterusnya, ingatlah ini bukan cerita semata-mata, tetapi hadiah yang akan mengubah seluruh hidup kamu!



Aktiviti: Berfikir-fikir tentang hadiah yang kamu ingin terima daripada Yesus pada Krismas ini. Barangkali kamu ingin bercakap dengan-Nya dengan lebih kerap, memutuskan untuk membaca Alkitab dan belajar lebih lanjut lagi tentang-Nya, melayan saudara atau saudari kamu dengan lebih baik, memberitahu orang lain tentang Yesus, bersyukur, dan sebagainya! Carilah sebuah kotak lama atau beg untuk dihias menjadi kotak hadiah Yesus kamu. Sepanjang beberapa hari seterusnya, apabila kamu menentukan hadiah yang ingin diberikan kepada Yesus, tulis pada kertas, letakkannya ke dalam kotak itu dan bercakap dengan-Nya tentang itu. Beritahu Tuhan bagaimana kamu ingin mengikut Dia dengan lebih dekat pada Krismas ini!



**Klik di sini untuk mencetak halaman warna "Children's Advent House"! 





Hari 2

Perihal Pelan

Children's Advent House

Para Ibu yang dikasihi, adakah musim Krismas kelihatan berlalu dengan keterujaan dan kehuru-haraan? Tahun ini adalah berbeza. Terokai khazanah kasih Kristus dengan anak anda pada musim Krismas ini! Rumah Adven Kanak-kana...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Help Club for Moms kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://helpclubformoms.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami