Rumah Adven Kanak-kanakSampel

Hari 10: Baca Lukas 1:57-64
Bayi Elisabet dan Zakharia sudah dilahirkan! Apakah nama yang diberikan kepadanya? Apabila Yohanes menjadi dewasa, ia mempunyai satu tugas yang sangat istimewa iaitu menyebarkan berita yang sungguh baik bahawa Yesus telah datang, Tuhan sebagai manusia, Penyelamat untuk seluruh bangsa manusia! Bagaimanakah kamu dapat menyebarkan berita baik Penyelamat Yesus kita pada Krismas ini?
Aktiviti: Buat kad Krismas untuk seseorang untuk memberitahunya tentang Yesus. Kamu boleh memasukkan ayat berikut dalam kad kamu untuk berkongsi berita Yesus yang menakjubkan. Yohanes 3:16, "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal."
Kitab
Perihal Pelan

Para Ibu yang dikasihi, adakah musim Krismas kelihatan berlalu dengan keterujaan dan kehuru-haraan? Tahun ini adalah berbeza. Terokai khazanah kasih Kristus dengan anak anda pada musim Krismas ini! Rumah Adven Kanak-kanak merupakan renungan yang indah selama 25 hari, yang dilengkapi dengan Rumah Adven boleh cetak yang sepadan yang akan membantu mengarahkan hati anak anda kepada Tuhan dan menjadikan musim Krismas ini musim yang paling bermakna setakat ini!
More
Pelan yang Berkaitan

Benih: Apa dan Mengapa

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Dimeterai - Bahagian 1

Bangkitlah dan Bersinarlah
