Info Pelan

Rumah Adven Kanak-kanakSampel

Children's Advent House

HARI 24 DARIPADA 25

Hari 24: Baca 2 Petrus 3:18



Tuhan bukan sahaja memanggil kita untuk mempercayai bahawa Yesus adalah benar, malah untuk bertumbuh dalam-Nya! Kita telah dipanggil untuk mengikuti Yesus dan bertumbuh dalam-Nya setiap hari sepanjang hayat ini. Yesus amat mengasihi kamu sehinggakan perjalanan bertumbuh dalam-Nya pastinya suatu pengembaraan yang menarik! Memanglah suatu tujuan yang menarik yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kamu!



Aktiviti: Lukiskan pasu bunga berbentuk segi empat atas kertas dengan tangkai hijau yang tumbuh di dalam pasu itu. Kemudian, lakarkan tapak tangan anak kamu menggunakan warna hijau di mana-mana bahagian tepi tangkai itu. Ini melambangkan carang-carang pokok anggur! Baca Yohanes 15:5 dan bantu anak kamu untuk mengenal pasti beberapa cara mereka dapat bertumbuh dalam hubungan mereka dengan Yesus dan terus berhubungan dengan-Nya. Tuliskan idea tersebut pada setiap cetakan tangan itu. Biarlah anak kamu mewarnakan pokok anggur mereka dan diingatkan tentang cara membina hubungan mereka dengan Yesus!


Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

Children's Advent House

Para Ibu yang dikasihi, adakah musim Krismas kelihatan berlalu dengan keterujaan dan kehuru-haraan? Tahun ini adalah berbeza. Terokai khazanah kasih Kristus dengan anak anda pada musim Krismas ini! Rumah Adven Kanak-kana...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Help Club for Moms kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://helpclubformoms.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami