Info Pelan

Rumah Adven Kanak-kanakSampel

Children's Advent House

HARI 22 DARIPADA 25

Hari 22: Baca Matius 1:24-25



Yesus berkata bahawa Dia ialah cahaya bagi dunia. Semasa kita berjalan bersama dengan-Nya, kita tidak perlu hidup dalam kegelapan lagi! Setiap lingkungan kehidupan kita akan dilimpahi oleh cahaya-Nya yang indah dan cerah ini! Bagaimanakah kamu boleh memilih untuk berjalan dalam cahaya itu pada hari ini? Bagaimanakah kamu boleh memancarkan cahaya Yesus pada orang di sekeliling kamu?



Aktiviti: Nyalakan lilin dan lihat bagaimana bilik diterangi cahaya yang tenang. Betapa berkuasa dan indah lagi cahaya Yesus? Nyanyikan beberapa karol Krismas dalam cahaya lilin dan menyembah Yesus! Beberapa idea karol termasuk "Joy to the World (Kesukaan bagi Dunia)," "O Holy Night (Oh, Malam Kudus)," "Angels We Have Heard on High (Para Malaikat Bernyanyi)," dan "Silent Night (Malam Kudus)." 



*Pastikan kamu melihat Hari 25 pelan ini untuk pautan bagi lagu tersebut dan sumber lain bagi pelan ini. 


Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Children's Advent House

Para Ibu yang dikasihi, adakah musim Krismas kelihatan berlalu dengan keterujaan dan kehuru-haraan? Tahun ini adalah berbeza. Terokai khazanah kasih Kristus dengan anak anda pada musim Krismas ini! Rumah Adven Kanak-kana...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Help Club for Moms kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://helpclubformoms.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami