Rumah Adven Kanak-kanakSampel

Hari 15: Baca Matius 1:24-25 (Penafian: Bahagian pertama ayat 25 menyebut waktu Maria dan Yusuf menyempurnakan perkahwinan mereka. Jika kamu tidak mahu membincangkan maksud istilah itu, silakan membaca bahagian akhir ayat itu). Yusuf mentaati Tuhan dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh malaikat itu! Pernahkah kamu bergelut untuk mentaati Tuhan?
Aktiviti: Tuhan mempunyai rancangan yang menakjubkan untuk kehidupan kamu! Berdoalah dan meminta Tuhan untuk menolong kamu untuk mentaati-Nya! Berbuallah dengan ibu bapa kamu tentang lingkungan yang kamu mengalami kesukaran mentaati Tuhan. Tahukah kamu bahawa ibu bapa pun perlu mentaati Tuhan, dan mereka memahami cabaran ketaatan! Ibu dan bapa kamu boleh membantu dan mendorong kamu semasa kamu bertumbuh untuk mengikuti Yesus! Dengan bantuan mereka, tuliskan atau lukiskan rancangan untuk mentaati Tuhan dalam lingkungan pergelutan kamu.
Kitab
Perihal Pelan

Para Ibu yang dikasihi, adakah musim Krismas kelihatan berlalu dengan keterujaan dan kehuru-haraan? Tahun ini adalah berbeza. Terokai khazanah kasih Kristus dengan anak anda pada musim Krismas ini! Rumah Adven Kanak-kanak merupakan renungan yang indah selama 25 hari, yang dilengkapi dengan Rumah Adven boleh cetak yang sepadan yang akan membantu mengarahkan hati anak anda kepada Tuhan dan menjadikan musim Krismas ini musim yang paling bermakna setakat ini!
More
Pelan yang Berkaitan

Dimeterai - Bahagian 1

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Benih: Apa dan Mengapa

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Bangkitlah dan Bersinarlah

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
