Info Pelan

Menangani KecemasanSampel

Dealing With Anxiety

HARI 7 DARIPADA 7

Jadi, bagaimanakah anda memperoleh ketenteraman dan kelegaan daripada kecemasan? 



Pelan ini akan berakhir, namun persoalan itu masih kekal, bagaimanakah kita memperoleh ketenteraman dan kelegaan daripada kecemasan? Semoga, pada waktu ini, anda sudah menemui dan mengambil beberapa langkah untuk menangani kecemasan dan mengalami ketenteraman. Semoga, anda menyedari bahawa anda tidak keseorangan, bahawa ada harapan, dan bahawa Allah mahu anda untuk memiliki ketenteraman. 



Sebagai penutup, kita akan merujuk kepada petikan yang paling menonjol dalam buku yang paling popular dalam sejarah. Saya tidak membuat-buat. Carilah melalui Google. 



Buku itu ialah Alkitab, dan petikan itu ditemui dalam surat Paulus kepada gereja Filipi. Nampaknya, ini ialah mesej yang diperlukan 2,000 tahun dahulu, dan ia ialah mesej yang kita perlukan sekarang ini. 



Paulus menuliskan surat kepada komuniti pengikut Yesus yang awal yang menghadapi banyak penentangan. Seperti yang dihadapi oleh kita sekarang ini. Kita dihujani berita tragedi demi tragedi. Kita menderita secara berterusan. Kita melihat orang kesayangan kita terseksa hari demi hari. Kitalah orang yang menghadapi penentangan yang teruk. 



Bukan setakat itu sahaja, malah komuniti pengikut Yesus yang awal hidup dalam cara yang bertentangan sepenuhnya daripada budaya zaman mereka. Budaya pada waktu itu, budaya Empayar Roma, mempercayai bahawa kekuatan menjadikan sesuatu itu benar. Empayar Roma mempercayai moto “kedamaian melalui kekuatan.” Cara Yesus tidak mencapai kedamaian melalui kekuatan, sebaliknya tidak melawan balik. Orang Roma berpendapat bahawa belas kasihan dan simpati ialah kelemahan. Pengikut Yesus pula melihat belas kasihan dan simpati sebagai kebijaksanaan. 



Tidakkah itu serupa dengan budaya kita sekarang ini? Kita hidup dalam budaya yang mengatakan bahawa satu-satunya hal yang penting ialah kegembiraan anda. Memperoleh lebih banyak. Lebih banyak pengikut, wang, status dan tanda berkenan. Cara Yesus pula mengatakan bahawa hal yang lebih penting daripada kegembiraan ialah kesucian. Cara Yesus mengundang kita untuk memberikan lebih banyak. Lebih banyak kasih sayang, belas kasihan, rahmat, dan pelayanan. Budaya kita menumpukan segala sesuatu pada diri kita. Cara Yesus pula menumpukan perhatian pada mengasihi orang lain sebagaimana Allah mengasihi anda melalui Anak-Nya, Yesus. 



Saya percaya sebagaimana kata-kata Paulus dituliskan untuk mendorong dan melengkapkan pengikut Yesus yang awal, kata-kata itu juga boleh mendorong dan melengkapkan anda sekarang ini. 



Semasa anda membaca kata-kata ini, bacalah dengan perlahan-lahan. Ambil masa yang diperlukan. Tanyalah diri: Apakah maksudnya kepada gereja Filipi? Apakah maksudnya kepada saya? Bagaimanakah kata-kata ini membantu saya memperoleh ketenteraman dan kelegaan daripada kecemasan?



Cabaran: Raikan apa yang telah dilakukan oleh Allah. Berdoalah dan memohon bantuan Allah. Pilihlah untuk menumpukan perhatian pada perkara yang baik sahaja.  


Hari 6

Perihal Pelan

Dealing With Anxiety

Kecemasan membawa impak yang buruk. Malangnya, kecemasan menjadi satu hakikat dalam hidup kita. Pelan ini disediakan untuk membantu anda memahami bahawa anda tidak bersendirian, dan masih ada harapan, dan Allah ingin mem...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami