Info Pelan

Menangani KecemasanSampel

Dealing With Anxiety

HARI 6 DARIPADA 7

Mengapakah Allah mengizinkan kecemasan?



Ini merupakan satu soalan yang baik. Saya berharap saya mempunyai jawapan yang baik untuk anda. Saya boleh memberikan beberapa sebab mengapa Allah mungkin mengizinkan kecemasan, namun semua ini cumalah tekaan saya. Maka, daripada cuba menjawab soalan mengapa Allah mengizinkan kecemasan, saya ingin melihat apa yang Allah dapat lakukan melalui kecemasan kita. 



Saya suka petikan ini: “Kehadiran kecemasan tidak dapat dielakkan, tetapi penjara kecemasan adalah atas pilihan sendiri.”



Kadang kala, menanya soalan "mengapa" menyebabkan kita berasa kecewa, hilang akal dan tersangkut. Mengapa, anda mungkin tertanya-tanya (Tengoklah apa yang telah saya lakukan?) Ini disebabkan terdapat sesetengah soalan "mengapa" yang memang tidak ada jawapannya. Maka, marilah kita beralih daripada bertanya "mengapa" dan mula menanya "apakah" yang Allah boleh lakukan melalui kecemasan kita. 



Pada hari kedua Pelan ini, saya berkongsi tentang pengalaman kecemasan saya dan isteri saya. Banyak soalan “mengapa” timbul sepanjang proses itu. Contohnya, “Mengapakah Engkau membiarkan ini menimpa kami? Kami mengasihi-Mu dan melayani-Mu dengan sedaya upaya. Kami terus berdoa untuk penyembuhan. Mengapa Engkau tidak menjawab doa kami? Kami telah mencuba segala-gala cara, namun kecemasan itu masih ada. Mengapakah kami masih menderita kerana kecemasan?” 



Soalan tersebut membawa kepada lebih banyak kekecewaan dan kepahitan. Sebaliknya, ketika kita mula bertanya, “Baiklah, Allah, apakah yang Engkau lakukan dalam semua ini?” kita mula melihat sesuatu yang menakjubkan, yang mungkin akan terlepas pandang tanpa pengalaman ini. Kami mula menyedari bahawa Allah menggunakan penderitaan kecemasan untuk mengeratkan hubungan kami berdua dan hubungan kami dengan-Nya. Isteri saya dan saya belajar bagaimana berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan satu sama lain, untuk melayani satu sama lain dengan rendah diri, dan menyokong satu sama yang lain di tengah-tengah pergelutan. Kami juga mendapati diri berdoa kepada Allah dengan lebih berterus terang dan bersemangat daripada sebelumnya. 



Kami mula mengalami kebenaran sebenar bahawa perkara yang tidak membunuh kita akan menguatkan kita. Iman kami diperkuatkan, hati kami menjadi lebih pemurah dan baik, dan hubungan kami menjadi lebih erat. 



“Kehadiran kecemasan tidak dapat dielakkan, tetapi penjara kecemasan adalah atas pilihan sendiri.” 



Apabila anda rasa terkurung, memanglah mudah untuk menjadi terlalu tertumpu pada sangkar di sekeliling anda, sehinggakan anda terlepas pandang apa yang sedang dilakukan oleh Allah dalam diri anda. 



Paulus merupakan seseorang yang memang tahu tentang cabaran dipenjarakan. Anda mungkin menanya bagaimana? Ini disebabkan dia terkurung bertahun-tahun lamanya dan dipenjarakan kerana kepercayaannya dalam Yesus. Perkara yang berkuasa dalam kisah ini ialah ia membenarkan Paulus untuk berasa empati terhadap kita ketika kita rasa terkurung oleh kecemasan kita. Paulus merasakannya juga. Dia mengalaminya juga. Dia mengharunginya. Akibatnya, ketika kita membaca kata-katanya, kita bukan sekadar mendengar seseorang yang menjawab persoalan kita, tetapi seseorang yang betul-betul berasa empati terhadap kita. 



Cabaran: Mula bertanya, “Allah, apakah yang Engkau cuba lakukan melalui kecemasan saya?”  


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Dealing With Anxiety

Kecemasan membawa impak yang buruk. Malangnya, kecemasan menjadi satu hakikat dalam hidup kita. Pelan ini disediakan untuk membantu anda memahami bahawa anda tidak bersendirian, dan masih ada harapan, dan Allah ingin mem...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami