Info Pelan

Menangani KecemasanSampel

Dealing With Anxiety

HARI 2 DARIPADA 7

Isteri saya menghadapi masalah kecemasan yang teruk sejak12 bulan yang lalu. Itu merupakan tempoh yang paling sukar dalam perkhawinan kami, dan juga hidup kami. Secara tiba-tiba, kecemasan akan menguasainya dan sering kali melumpuhkannya. Dia sesak nafas, tidak dapat berfikir dan tidak dapat melakukan apa-apa kerana rasa risau dan takut yang amat sangat pada waktu tersebut. Beberapa episod kecemasannya menyebabkan serangan panik yang teruk yang berlanjutan selama beberapa jam sebelum dia dapat menenangkan diri. Teruk sekali! 



Sebagai suaminya, saya betul-betul berharap saya boleh melenyapkan masalah kecemasannya. Namun, saya tidak dapat berbuat demikian. Ia telah sampai ke takat bila dia berasa cemas, saya juga mula berasa cemas. Hati saya berdebak-debuk dan fikiran saya bergolak. Sebab saya tidak tahu betapa teruknya keadaan seterusnya. Saya rasa tidak berdaya kerana saya tidak dapat melenyapkannya. Dan itu memang teruk. 



Saya kenal banyak pemuda sekarang ini, yang dikuasai masalah kecemasan sehinggakan mereka tidak dapat menikmati hidup. Fikiran mereka dipenuhi banyak andaian “bagaimana kalau” sehinggakan mereka tidak dapat melewati fikiran negatif itu dan mula mengambil langkah yang positif. Memang teruk sekali. 



Maka, kesimpulannya, kecemasan memanglah teruk sekali. 



Namun, saya masih ada harapan. Mengapa? Ini disebabkan Allah mahu agar anda tenteram. Kerana Allah masihlah baik, meskipun hidup adalah sukar. Dalam pelan Alkitab ini, kami tidak akan membuat janji yang tidak realistik, memberitahu anda untuk "percaya saja", atau berpura-pura bahawa masalah kecemasan tidaklah seteruk itu. 



Inilah yang saya harap anda tahu: Anda tidak bersendirian. Hakikatnya, terdapat cerita yang sukar dipercayai dalam Alkitab yang menggambarkan orang yang menangani masalah kecemasan seperti anda dan mereka memperoleh ketenteraman. 



Rujuklah Mazmur. Terdapat koleksi nyanyian dan puisi yang kadang-kadang dinyanyikan untuk memuji Allah, dan kadang kala berupa seruan kepada Allah di tengah-tengah kesakitan dan penderitaan anda. Saya suka akan Mazmur kerana ia menjemput anda kepada pengalaman orang lain yang menghadapi golakan emosi seperti kita. 



Cabaran: Tuliskan hal yang mencemaskan anda. Ambil beberapa minit untuk mencatatkan hal itu dalam buku catatan atau telefon anda. Apakah perkara yang menyebabkan anda rasa cemas? 


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Dealing With Anxiety

Kecemasan membawa impak yang buruk. Malangnya, kecemasan menjadi satu hakikat dalam hidup kita. Pelan ini disediakan untuk membantu anda memahami bahawa anda tidak bersendirian, dan masih ada harapan, dan Allah ingin mem...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami