Info Pelan

20/20: Dilihat. Terpilih. Diutus. Oleh Christine Caine Sampel

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

HARI 6 DARIPADA 7

JADIKAN PERINTAH TERAKHIR YESUS KEUTAMAAN TERBESAR ANDA


Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah. Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman. -Matius 28:19-20 BM



Ayat ini kerap dirujuk sebagai Amanat Agung kerana Allah telah menugaskan kita untuk "pergi dan jadikan semua bangsa pengikut". Matius mencatatkan ini sebagai kata-kata terakhir Yesus sebelum Dia diangkat ke syurga.



Tidakkah kata-kata terakhir yang diucapkan oleh seseorang itu nampaknya penting? Jika seseorang itu menuliskan wasiat, ia sebenarnya menuliskan arahan dan peringatan terakhirnya. Bukankah kata-kata ini diingat selama-lamanya?



 Hari mak saya meninggal dunia ialah hari majlis hari jadi saya yang ke-50 diadakan. Nick telah mengatur satu parti yang besar bagi saya dengan banyak kawan, dan dalam perjalanan balik, saya mendapati ada beberapa panggilan terlepas daripada abang saya, George, dan satu pesanan ringkas: "Mak dah meninggal." Saya tidak mungkin lupa betapa bersyukurnya saya kerana abang saya telah menolong mak untuk FaceTime dengan saya pada pagi itu. Saya memberitahu mak bahawa saya akan memanggilnya selepas parti itu dan menceritakan keseronokan hari itu. Saya sentiasa menghargai kenangan terakhir saya tentangnya—memandang wajahnya, melihat senyuman manisnya dan mendengar kata-kata terakhirnya kepada saya, "Saya sayang kamu."



Saya tidak mungkin tidak menghargai kata-kata terakhirnya.    



Pernahkah sesiapa memberikan anda kata-kata terakhirnya? Apakah yang akan anda lakukan jika kata-kata terakhir itu mengandungi arahan? Bagaimana kalau kata-kata itu termasuk rayuan seperti, "Jagalah adik kamu," atau, "Jagalah ibumu"? Tidakkah permintaan itu menjadi misi hidup anda? Tidakkah permintaan itu menjadi keutamaan terbesar anda?



 Sudahkah tiba masanya untuk menjadikan kata-kata terakhir Yesus—perintah terakhir-Nya—keutamaan terbesar kita? 



Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita menyerahkan hidup kita kepada Allah untuk menyatakan belas kasihan, kuasa, kehadiran, kebenaran, dan kasih-Nya? Apakah yang akan berlaku jika semua tempat yang kita pergi, setiap interaksi kita, kita mengatakan, "Allah, saya sudah bersedia. Gunalah saya, gunalah masa ini, gunalah interaksi ini untuk menarik orang lain kepada-Mu"? Adakah anda rasa Dia akan menjawab doa itu? Saya yakin Dia akan menjawabnya. 



Allah telah memilih anda dan saya untuk menyatakan-Nya di dunia ini. Tiada pelan B. Kitalah pelan A Allah. Marilah kita pergi dan jadikan perintah terakhir-Nya keutamaan terbesar kita.



DOA


Allah, ke mana pun saya pergi hari ini, saya sudah bersedia. Gunalah setiap interaksi saya, setiap pertemuan saya, untuk menarik orang lain kepada-Mu. Saya sentiasa bersedia untuk pergi dan menjadikan orang lain murid-Mu. Saya berdoa dalam nama Yesus, amin.



Dipetik daripada 20/20: Seen.Chosen.Sent oleh Christine Caine. Hak cipta © 2019 Christine Caine. Dicetak semula dengan kebenaran Lifeway Women. Hak cipta terpelihara.


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

Dapatkah anda bayangkan betul-betul rasa dilihat oleh Allah sehinggakan anda tidak mungkin tidak melihat orang lain? Dapatkah anda bayangkan hidup sehari-hari anda yang biasa membawa kesan abadi yang penting? Renungan 7 ...

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.christinecaine.com/2020study

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami