Info Pelan

20/20: Dilihat. Terpilih. Diutus. Oleh Christine Caine Sampel

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

HARI 3 DARIPADA 7

ALLAH TELAH MENGUTUS ANDA


Aku tidak memohon-Mu untuk mengeluarkan mereka dari dunia ini. Aku memohon semoga Engkau melindungi mereka daripada si durjana. Sebagaimana Aku bukan dari dunia ini, begitu jugalah mereka.  Sucikanlah mereka dengan kebenaran-Mu; firman-Mu adalah kebenaran. Aku mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus-Ku ke dunia.  Demi kebaikan mereka Aku menyucikan diri-Ku supaya mereka juga disucikan dalam kebenaran. -Yohanes 17:15-19 AVB



Masa Nick dan saya berkahwin, tiada aplikasi navigasi. Kami membaca peta kertas yang menghalang seluruh cermin depan kereta bila dibuka, dan peta itu tidak mungkin dilipat seperti asalnya. Peta ini menjadikan perjalanan amat tertekan! Bila peranti dicipta, seperti Navman, saya berasa lega, seolah-olah kami telah diselamatkan daripada sejenis ikatan perkahwinan navigasi. Dengan satu pembelian sahaja, kami mengalami ketenangan yang tidak pernah dirasakan. 



Walau bagaimanapun, sebenarnya bukan Navman. Tapi Navwoman, kerana suara peranti itu ialah seorang wanita yang bercakap dengan suara yang lembut dan lemak: "Susur keluar di lorong kedua bulatan," dan bila anda terlepas lorong itu, wanita itu akan mengatakan, "Menghalakan semula...menghalakan semula" dengan suara seperti orang mengah."



Pada mulanya, saya fikir ia baik dan saya menamakannya Matilda. Namun, saya mendapati Nick mula mengikuti semua arahannya! Ia tidak berasa jengkel bila ia memberitahunya bahawa ia silap atau untuk membuat pusingan-U. Nick tidak marah atau menjawab cakapnya. Ia ikut secara diam sahaja. Saya terkejut. Saya melahirkan dua orang anaknya dan ia mendengar arahan navigasi lebih daripada arahan saya! 



Saya menguruskan Matilda. Bila ia mengarahkan saya untuk belok kiri dengan suaranya yang lembut, saya akan kata, "Tak." Saya akan pandu terus tidak mempedulikan pusingan itu. Saya suka bila ia menjadi keliru dan skrinnya menjadi putih. 



Meskipun reaksi gila saya terhadap mesin itu, saya tidak dapat menafikan bahawa kadang-kadang ia menghiburkan saya juga. Jika kami sesat, ia tahu cara membawa kami ke jalan yang betul. Jika kami berada di bandar yang asing, ia tahu bagaimana melalui jalan sehala dan lencongan pembinaan. Di mana pun kami, ia tahu bagaimana menunjukkan arah yang betul—walau betapa teruknya keadaan kami.



Bukankah itu yang ingin dilakukan oleh Allah bagi orang yang sesat? Bukankah itu sebabnya kita diutus ke dunia yang sesat dan remuk? SESAT bukanlah keadaan yang diinginkan oleh Allah bagi sesiapa pun. Semasa anda meneruskan hari anda, carilah seseorang yang boleh anda menghalakan semula. Carilah orang sesat yang Allah mahu anda lihat.



DOA


Bapa syurgawi, saya tahu memanglah kehendak Engkau agar setiap orang mengenali-Mu dan menyedari kedalaman kasih-Mu. Saya menyerahkan __________________ kepada-Mu, saya berdoa agar ia mengenali-Mu. Gunalah saya, Tuhan, untuk membantunya mengarahkan semula hidupnya, untuk menyerahkan dirinya kepada-Mu, untuk mempercayai-Mu sepenuhnya. Saya berdoa dalam nama Yesus, amin.



Dipetik daripada 20/20: Seen.Chosen.Sent oleh Christine Caine. Hak cipta © 2019 Christine Caine. Dicetak semula dengan kebenaran Lifeway Women. Hak cipta terpelihara.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

Dapatkah anda bayangkan betul-betul rasa dilihat oleh Allah sehinggakan anda tidak mungkin tidak melihat orang lain? Dapatkah anda bayangkan hidup sehari-hari anda yang biasa membawa kesan abadi yang penting? Renungan 7 ...

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.christinecaine.com/2020study

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami