Info Pelan

20/20: Dilihat. Terpilih. Diutus. Oleh Christine Caine Sampel

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

HARI 2 DARIPADA 7

ALLAH TELAH MEMILIH ANDA

“Marilah kita bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus!  Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus, Allah sudah memberkati kita dengan segala berkat rohani dari syurga. Sebelum dunia ini diciptakan, Allah telah memilih kita untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus, supaya kita menjadi suci dan tidak bercela di hadirat-Nya. Kerana kasih-Nya, Allah telah membuat keputusan untuk menjadikan kita anak-anak-Nya melalui Yesus Kristus. Itulah keinginan dan kehendak Allah. Marilah kita memuji Allah bagi rahmat-Nya yang mulia, yang dikurniakan-Nya kepada kita melalui Anak yang dikasihi-Nya!” -Efesus 1:3-6 BM


“Christine?” tanya mak. "Memandangkan kami berterus terang, mahukah kamu tahu perkara yang sebenarnya?”


Saya berumur 33 tahun pada masa itu, dan saya tahu cara mak saya mengajukan soalan itu, ia hanya memaksudkan satu perkara.


Saya tergesa-gesa ke rumah mak saya untuk campur tangan dalam hal yang saya tahu mustahil. Abang saya, George, telah menerima sepucuk surat yang mengatakan bahawa ia ialah anak angkat. Saya memasuki rumah mak semasa George menyerahkan surat itu kepadanya.


Saya tidak mungkin lupa tangan mak yang terketar-ketar. Matanya menunjukkan rasa takutnya. Ia tidak terkata apa-apa. Kemudian, kami semua menangis dan sedu-sedan.


Sesudah bertenang, saya dapat mendengar sakit hatinya. "Maaf George, saya tidak sangka kamu akan dapat tahu sebegini. Kami tidak berniat untuk menyakitimu. Ayahmu mengasihimu. Saya mengasihimu. Saya mengasihimu seperti anak kandung saya.”


Saya ingat saya ke dapur, menyediakan makanan, kerana itu merupakan cara keluarga Yunani menyelesaikan setiap masalah: kami makan. 


Mak menanya saya soalan itu semasa saya mengambil baklava dan ketika itu saya menyedarinya. Begitu sahaja. Memandang matanya untuk jawapannya, berharap agar fikiran saya adalah salah, saya berkata dengan tiba-tiba: "Saya jugalah anak angkat."


Beberapa minit kemudian, ia mengucapkan kata-kata yang paling indah kepada saya. Kata-kata yang membawa penyembuhan. Mak mengulangnya pada minggu seterusnya juga… 


“Saya mengasihimu sebelum saya mengenalmu.”


 Sehingga hari ini, saya menghargai kata-kata itu. Kata-kata itu melambangkan hati mak saya yang memberitahu saya bahawa ia merindukan saya, inginkan saya, dan telah memilih saya, meskipun sebelum ia bertemu dengan saya. 


Apabila saya memikirkan kata-kata tersebut, saya mendengar hati Bapa syurgawi saya, Dia yang sentiasa inginkan saya juga. Dia yang telah memilih saya sebelum mak saya memilih saya.


Dia jugalah yang telah memilih anda.


DOA

Allah, terima kasih kerana Engkau telah memilih saya sebagai anak perempuan-Mu, dan sebagai seseorang yang membawa anak-Mu, Yesus, ke dunia saya. Saya berdoa agar Engkau memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk betul-betul mengerjakan iman saya dan menjangkau orang lain dengan kasih-Mu, bukan melihat mereka sebagaimana Engkau melihat mereka sahaja. Untuk membantu mereka berasa bahawa mereka telah dipilih oleh-Mu. Amin.


Dipetik daripada 20/20: Seen.Chosen.Sent oleh Christine Caine. Hak cipta © 2019 Christine Caine. Dicetak semula dengan kebenaran Lifeway Women. Hak cipta terpelihara.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

Dapatkah anda bayangkan betul-betul rasa dilihat oleh Allah sehinggakan anda tidak mungkin tidak melihat orang lain? Dapatkah anda bayangkan hidup sehari-hari anda yang biasa membawa kesan abadi yang penting? Renungan 7 ...

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.christinecaine.com/2020study

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami