Info Pelan

Enam Langkah Menuju Kepemimpinan Terbaik AndaSampel

Six Steps To Your Best Leadership

HARI 5 DARIPADA 7

Satu Hubungan untuk Dimulakan



Kita memulakan Pelan Alkitab ini dengan memutuskan untuk menempatkan aspek siapa sebelum aspek perbuatan. Jika anda ingin mengubah siapa anda, anda perlu mengubah siapa yang anda habiskan masa bersama. 



Rasul Paulus, yang bertanggungjawab menulis sebahagian besar daripada Perjanjian Baru, mengalami salah satu perubahan kehidupan yang paling dramatik dalam Alkitab. Perubahan dalam kehidupannya ini adalah begitu epik sehinggakan namanya diubah daripada Saulus kepada Paulus. 



Saulus benci orang Kristian dan ingin membunuh mereka. Paulus mengasihi orang Kristian sepanjang hayatnya. Saulus benci pengikut Yesus dan memburu mereka. Paulus menemui Yesus dalam perjalanannya dan mengkhabarkan-Nya. Saulus menghabiskan masa dengan orang beragama dan cuba mendekati Allah. Paulus menghabiskan masa dengan orang yang patah hati membiarkan Allah bekerja menurut cara-Nya dalam Paulus.



Pertama, Paulus menemui Yesus yang menunjukkannya cahaya. Kemudian, dia menemui Ananias yang membantunya mencari kekuatan baru serta melihat dengan jelas (secara harfiah). Sesudah itu, dia menemui Barnabas, yang mempertahankan Paulus dan memperkenalkannya kepada pemimpin utama Gereja ketika mereka masih takut akan Paulus. Senarai itu berterusan dan hari ini Paulus mungkinlah salah seorang pemimpin yang paling efektif dalam sejarah. 



Seperti Paulus, anda mungkin memerlukan satu hubungan lagi untuk mengubah hala tuju takdir anda. Berhubungan dengan meluangkan masa bersama orang lain, jangan memberikan respons terhadap orang yang meminta sahaja. Mulakan masa dengan orang yang membina anda, menolak anda, dan juga mengelirukan anda. 



Belajar daripada Paulus dan berjumpa dengan seseorang yang dikritik anda. Kita kerap menilai hal yang tidak difahami. Jangan berjumpa dengan orang yang sebaya, dalam bidang yang sama, atau mempunyai pengalaman yang serupa sahaja. Adakah anda menghadapi kesulitan? Cari seseorang yang berada beberapa langkah di hadapan anda. Jika anda berumur 30 tahun, jumpalah seseorang yang berumur 40 tahun dan menanya bagaimana pemikiran mereka berbeza sekarang dan semasa berumur 30 tahun. 



Datang bersedia untuk mendengar dengan teliti, mengajukan soalan yang banyak, dan mengikuti teladan yang baik. Jangan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain sahaja, tetapi belajar cara mereka berfikir. 



Akhirnya, jika anda belum memulakan hubungan dengan Yesus, anda mungkin satu hubungan daripada mengubah hala tuju takdir anda. Saya tahu itu adalah benar bagi saya. Ayat bacaan terakhir hari ini adalah gambaran Rasul Paulus tentang itu. 



Bercakap dengan Allah: Allah, Engkau tahu siapa yang Engkau cipta saya untuk jadi. Bolehkah Engkau bantu saya untuk melihat siapa yang saya perlu temui? Berikan saya kebijaksanaan dan kekuatan untuk meneruskan dengan hubungan yang betul.



Maklumkan kami sekiranya anda memutuskan untuk memulakan hubungan dengan Yesus .


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Six Steps To Your Best Leadership

Bersedia untuk bertumbuh sebagai pemimpin? Craig Groeschel membentangkan enam langkah alkitabiah yang boleh diambil oleh semua orang untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Mendapat tahu tentang satu disiplin unt...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Craig Groeschel dan Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami