Info Pelan

Enam Langkah Menuju Kepemimpinan Terbaik AndaSampel

Six Steps To Your Best Leadership

HARI 4 DARIPADA 7

Sistem untuk Dibina



Fikir tentang satu masalah di tempat kerja, dalam pasukan anda, di rumah anda, atau dalam kehidupan anda yang asyik berulang. Anda mungkin fikir anda memiliki masalah kawalan kualiti, perkhidmatan pelanggan, orang yang salah, atau rumah yang tidak teratur, tetapi ia mungkin disebabkan oleh masalah sistem.



Sebagai pemimpin, kita cenderung menyalahkan ahli bawahan kerana menyebabkan masalah kita apabila masalah sebenar adalah sistem atasan. 



Barangkali anda berfikir, "kami tidak mempunyai sistem," atau "kami bersifat lebih hubungan; kami tidak memerlukan sistem." Dengan penuh hormat, anda memiliki sistem. Sistem anda mungkinlah memulakan hari dengan menyemak e-mel, menguruskan masalah yang dihadapi, dan balik ke rumah dengan rasa tertekan. Namun, itu merupakan suatu sistem.



Anda memiliki sistem secara sengaja atau secara lalai, tetapi macam mana pun, anda memilikinya. Sistem anda mungkin hasil daripada apa yang anda bina ataupun apa yang dibiarkan. Jadi, jika anda inginkan hasil yang lebih baik, mulakan dengan membina sistem yang lebih baik. 



Dalam bab pertama Alkitab, dunia tidak berbentuk, dan Allah berkata, "Hendaklah ada cahaya." Kemudian, Dia memisahkan siang daripada malam, bumi daripada langit, darat daripada laut, burung daripada ikan, dan sebagainya. Anda mungkin memerhatikan bahawa Allah mengendalikan sistem khusus sekaligus dan tidak mara sehingga Dia berpuas hati. Akhirnya, Allah mencipta manusia dan memberikan mereka arahan untuk menjaga segala-galanya—termasuk sistem berehat sekali setiap minggu. 



Penciptaan dimulakan dengan suatu sistem. Rasul Paulus memanggil Jemaat sebagai satu tubuh dengan banyak bahagian, di mana semua bahagian berfungsi dengan tujuan yang disengajakan dan penting. Itulah sistem. Satu sistem dengan seorang pemimpin utama—Yesus. 



Seperti dunia, seperti Jemaat, seperti tubuh anda, kehidupan anda dipenuhi sistem. Sistem yang sihat tidak berlaku secara kebetulan. Ia dibina secara sengaja. 



Apakah sistem yang anda perlu bina untuk memperoleh hasil yang diinginkan? 



Pertimbangkan: Sudahkah saya menjadikan Yesus pemimpin sistem utama saya—kehidupan saya? Apakah ketegangan yang sedang saya hadapi, dan apakah sistem yang boleh menyelesaikannya?


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Six Steps To Your Best Leadership

Bersedia untuk bertumbuh sebagai pemimpin? Craig Groeschel membentangkan enam langkah alkitabiah yang boleh diambil oleh semua orang untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Mendapat tahu tentang satu disiplin unt...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Craig Groeschel dan Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami