Info Pelan

Matlamat HubunganSampel

Relationship Goals

HARI 7 DARIPADA 7

Memulakan Hidup Baru



Daripada Leanna, berkahwin dengan Zach selama kurang daripada setahun



Setelah Zach dan saya berkahwin, kami menikmati keterujaan pasangan pengantin baru: malam pertama kami sebagai suami isteri, percutian pertama kami, pembelian besar kami yang pertama. Kami juga agak menikmati pertengkaran pertama perkahwinan kami.



Selepas beberapa bulan, kebaharuan hidup berumah tangga kami hilang. Kami kembali bekerja, balik ke rumah, makan malam, menonton televisyen, tidur, dan mengulang seluruh proses ini pada keesokan pagi.



Kami menyedari bahawa kami perlu memulakan hidup baru dan menjadikan melabur dalam perkahwinan kami itu satu keutamaan, jadi kami mengabdikan diri kepada pembacaan renungan seperti ini bersama-sama. Salah satu renungan kami menggalakkan kami untuk mengejar satu sama lain seolah-olah kami baru mula berpacaran. Sebelum saya meninggalkan rumah pada keesokan paginya, saya menuliskan kata-kata dorongan pada nota kecil dan meletakkannya di seluruh rumah.



Nota ini bukan sahaja membuat Zach rasa dikasihi, ia juga mendorongnya. Apabila saya balik ke rumah, saya mendapati dia telah merancang aktiviti seluruh malam. Saya begitu gembira sehinggakan anda akan rasa dia membawa saya keluar untuk janji temu pertama kami.



Jika anda rasa bosan betul, cubalah sesuatu yang baru! Beritahu pasangan anda bahawa mereka dikasihi. Kerana kasih bukan tindakan atau perasaan sahaja. Ia adalah satu pilihan yang disengajakan.



Daripada Zach, berkahwin dengan Leanna selama kurang daripada setahun 



Pada media sosial, enam bulan pertama perkahwinan kami kelihatan sungguh menakjubkan, tetapi secara jujur, saya dan Leanna menghadapi kesukaran yang tidak dijangka. Saya tidak diterima untuk pekerjaan idaman saya, datuknya dikenal pasti menghidap kanser, datuk saya meninggal dunia secara kejut, dan dengan jadual yang sibuk, kami kurang meluangkan masa bersama.



Sesuatu perlu diubah.



Kami memutuskan bahawa daripada mengatasi masalah kami secara berasingan, kami akan mengatasinya bersama. Kami mula berdoa dan membaca Firman bersama. Kami mula menjadualkan malam janji temu dan memulakan perbualan yang bermakna semasa makan malam.



Sekarang kami mengatakan: “Saya mencintai kamu lebih daripada semalam dan kurang daripada hari esok.” Kata-kata ini mengingatkan kami bahawa perkahwinan kami sentiasa memulakan hidup baru hari ini.



Walau apa pun status hubungan anda dengan pasangan anda, atau dengan Allah, memanglah mungkin untuk berasa seperti pasangan pengantin baru dan memulakan hidup baru dalam usaha anda.



Dapatkan lebih banyak kandungan untuk semua jenis hubungan yang sihat.


Hari 6

Perihal Pelan

Relationship Goals

Hubungan sempurna yang anda kagumi, tidaklah begitu menarik jika diperhatikan gambar demi gambar. Betul? Jadi, bentuk matlamat hubungan yang manakah yang betul-betul berhasil? Pelan Alkitab Life.Church ini, yang ditulis ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami