Info Pelan

Matlamat HubunganSampel

Relationship Goals

HARI 1 DARIPADA 7

Waktu Perantaraan



Dikatakan satu gambar mewakili seribu kata. Bila-bila masa saja anda melihat album perkahwinan, memandang dinding yang dipenuhi gambar keluarga, atau menatal media sosial, anda melihat wajah yang riang. Jika anda membayangkan kehidupan orang yang riang itu, anda mungkin menganggap bahawa mereka sentiasa gembira, bukan?



Namun, bagaimana pula dengan hari, minggu, dan bulan antara gambar tersebut? "Seribu kata" yang diwakili gambar itu dipenuhi sukacita, kedamaian, dan harapan, tetapi waktu perantaraan gambar itu wujudnya drama, kekecewaan, dan kesedihan yang dialami oleh setiap orang dan hubungan. Macam mana kita mengharapkan hubungan kita dapat mengelakkan halangan tersebut pun, setiap hubungan menghadapi cabarannya. 



Adakah anda percaya bahawa waktu perantaraan itu sebenarnya boleh membuat hubungan kita lebih manis? Perselisihan yang anda laluilah yang membuat anda menghargai, malah memupuk, ketenangan. Waktu anda menjaga rakan yang sakit itulah yang membuat anda bersyukur kerana waktu yang sihat. Baki akaun yang menghampiri satu digitlah yang menimbulkan kesyukuran pada waktu makmur. 



Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang dapat dilakukan oleh waktu perantaraan.



Waktu perantaraan memberi kita ruang untuk belajar cara mengasihi dengan kasih yang digambarkan dalam 1 Korintus 13. Memanglah mudah untuk bersabar, baik hati, tidak mementingkan diri, dan bersifat pemaaf semasa senang. Namun, kasih yang benar diperlukan pada waktu perantaraan apabila kita hilang sabar, marah, mementingkan diri, dan berdendam. Waktu perantaraan dan kasih 1 Korintus 13 ini tidak berlaku dalam waktu yang singkat. Ia terhasil dengan peredaran masa dan ujian semasa waktu perantaraan gambar yang sempurna itu. Ia terhasil apabila kita belajar untuk mengasihi orang lain dengan tidak mementingkan diri, seperti Yesus. 



Adakah ini kasih yang anda inginkan dalam hubungan anda? Maka, terimalah waktu perantaraan, dan terus membaca untuk mempelajari matlamat hubungan yang benar dan alkitabiah daripada 11 individu yang amat berbeza. 



Doa: Allah, berikan saya keberanian untuk memberi dan mengejar kasih yang benar dalam hubungan saya walau apa pun yang akan dihadapi.



Tonton mesej Relationship Goals, dapatkan kandungan kumpulan, dan menemukan sumbernya.  


Hari 2

Perihal Pelan

Relationship Goals

Hubungan sempurna yang anda kagumi, tidaklah begitu menarik jika diperhatikan gambar demi gambar. Betul? Jadi, bentuk matlamat hubungan yang manakah yang betul-betul berhasil? Pelan Alkitab Life.Church ini, yang ditulis ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami