Info Pelan

Matlamat HubunganSampel

Relationship Goals

HARI 6 DARIPADA 7

Fokus Tunggal



Daripada Madison, bujang dan sedang berkembang



Pada April 2018, saya membuat keputusan untuk kekal bujang secara sengaja untuk selebihnya tahun tersebut. Sebagai seorang yang ingin berkahwin suatu hari nanti, idea ini agak menakutkan. Bagaimana jika saya menemui seorang lelaki yang sempurna tetapi tidak dapat mendalami hubungan itu kerana komitmen ini? Saya bergumul dengan fikiran ini, tetapi setelah meluangkan masa untuk berdoa, saya sedar ini adalah perkara yang harus saya lakukan. 



Sepanjang beberapa bulan berikutnya, Allah mengajar saya beberapa perkara yang saya rasa adalah benar bagi semua orang, walau apa pun status hubungan itu.



1: Saya perlu menghilangkan gangguan. 



Penulis Ibrani memberitahu kita untuk menumpukan perhatian pada Kristus, dan saya segera menyedari bahawa keinginan saya untuk mencari pasangan hidup mengganggu saya daripada mengikuti Yesus. Membujang membenarkan saya untuk memfokus semula kehidupan saya pada perkara yang penting. Gangguan anda mungkin berbeza, dan berkemungkinan besar penyelesaian anda jugalah berbeza. Walau bagaimanapun, apakah yang boleh anda lakukan, dalam dan di luar hubungan anda, untuk menjadikan ia lebih mudah untuk menumpukan perhatian pada Yesus?



2: Saya perlu mendapatkan kepuasan daripada Allah.



Allah telah menempatkan dalam kita keperluan untuk hidup berkomuniti dan untuk sesejenis perhubungan. Namun, ada kalanya kita lebih suka melepaskan pengaturan masa Allah dan tergesa-gesa mencari apa yang kita inginkan sekarang. Malangnya, apabila kita berbuat demikian, kita sering berakhir dengan ketidakpuasan. Walau apa pun yang anda kejar, Allah mahu anda untuk mempercayai-Nya untuk memenuhi setiap keperluan anda. Malah, saya rasa kawan saya yang sudah berkahwin akan memberitahu anda bahawa tidaklah berhasil jika anda cuba memuaskan keperluan terdalam anda dengan pasangan anda. 



3: Saya perlu meminta Allah untuk memberikan saya keinginan-Nya.



Mazmur 37:4 berkata, “Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.” Sebelum musim ini, saya mempunyai pandangan tentang apa yang saya cari dalam pasangan hidup, tetapi gambaran saya itu tidak jelas. Jadi, saya berdoa agar Allah akan memenuhi hati saya dengan keinginan-Nya. Dengan peredaran masa, Allah mengubah perspektif saya tentang apa yang saya nantikan. Jika anda belum berbuat demikian, bercakaplah dengan Allah secara tetap, cari Dia melalui pembacaan Alkitab, dan meminta-Nya apa yang Dia inginkan bagi kehidupan anda.



Walau apa pun peringkat kehidupan anda sekarang, walau apa pun status hubungan anda, ia adalah satu kurniaan. Allah boleh menggunakan tempat ini untuk membantu anda menjadi lebih menyerupai Kristus. 



Pertimbangkan: Adakah terdapat apa-apa keinginan yang mendalam yang anda cuba mendapatkan kepuasan daripada seseorang dan bukannya daripada hubungan anda dengan Allah?  


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Relationship Goals

Hubungan sempurna yang anda kagumi, tidaklah begitu menarik jika diperhatikan gambar demi gambar. Betul? Jadi, bentuk matlamat hubungan yang manakah yang betul-betul berhasil? Pelan Alkitab Life.Church ini, yang ditulis ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami