Info Pelan

TabiatSampel

Habits

HARI 1 DARIPADA 6

Identiti yang Sihat (Healthy Identity)



Kita semua inginkan tabiat harian yang baik. Namun, sebaliknya kita melakukan perkara seperti bangun lewat, terlambat pergi kerja, pulang lambat, menengking anak, memakan atau meminum "sedikit saja lagi," dan menyemak e-mel di katil. 



Jadi, bagaimanakah kita mula berhenti daripada tabiat buruk dan mula membina tabiat yang baik? Tiadakah pelan dengan tiga langkah mudah yang dapat membebaskan saya? Tidak. Walau bagaimanapun, ada harapan, dan Firman Allah dipenuhi harapan. 



Pastor Life.Church, Craig Groeschel, mengatakan bahawa salah satu sebab terbesar seseorang gagal mengamalkan tabiat yang baik dan berhenti daripada tabiat yang buruk adalah identiti kita yang diputarbalikkan mensabotaj kejayaan kita. Ini membawa kepada huruf pertama dalam akronim HABITS (tabiat) yang kita akan gunakan untuk menemukan satu cara yang lebih baik untuk membina dan menghentikan tabiat: identiti yang sihat (healthy identity). 



Sering kali, apabila kita bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru ataupun berhenti daripada tabiat yang buruk, kita membuat rancangan berdasarkan apa yang kita akan lakukan. Sebaliknya, kita perlu bermula dengan matlamat berasaskan siapa Allah kita dan siapa kita ingin jadi. Berkata, "Saya mahu memasuki maraton," adalah berdasarkan apa yang anda ingin lakukan. Berkata, "Saya telah dicipta dengan baik dan luar biasa, dan oleh kekuatan Allah saya ingin menjadi seorang pelari," adalah berasaskan siapa Allah dan siapa yang anda ingin jadi. Ini merupakan satu matlamat berasaskan identiti. Kita perlu menempatkan siapa sebelum apa yang ingin dilakukan



Matlamat identiti adalah satu aspek penemuan identiti yang sihat. Kebebasan seterusnya terhasil dengan mengorek luka silam, dusta yang dipercayai, ketakrelaan untuk mengampuni, kesilapan, dan situasi kehidupan yang menyebabkan anda untuk mempercayai versi diri anda yang bukan diri yang diniatkan Allah semasa penciptaan anda. Apabila anda menyedari dusta itu, anda harus menggantikannya dengan kebenaran Allah daripada Firman-Nya. Identiti yang sihat berdasarkan apa yang dikatakan Allah tentang anda adalah dasar untuk berhenti daripada tabiat yang buruk dan membina tabiat yang baik.



Contohnya, terlalu banyak antara kita yang mempercayai dusta seperti, "Saya akan selalu begitu saja." Itu adalah ketakutan berasaskan identiti yang memerlukan kebenaran berasaskan identiti seperti, "Roh Allah tidak menjadikan saya penakut. Dia memberikan saya kuasa, kasih, dan kawalan kendiri!" Apakah beberapa dusta berasaskan identiti anda yang boleh digantikan dengan kebenaran Allah? 



Doa: Allah, apakah tabiat yang perlu saya hentikan? Apakah beberapa lingkungan identiti saya yang menyebabkan tabiat tersebut? Roh Kudus, saya memerlukan kuasa-Mu untuk membawa perubahan ini. Amin!



Tonton Pastor Craig mengajar tentang Tabiat.  


Hari 2

Perihal Pelan

Habits

Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alk...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami