Info Pelan

Mula Di Sini | Langkah Pertama Dengan YesusSampel

Start Here | First Steps With Jesus

HARI 3 DARIPADA 15

Markus 4-5 | Benih yang Baik & Tanah yang Subur

Yesus ialah penglipur lara yang luar biasa. Dalam Markus 4 dan 5, Yesus menyampaikan cerita perumpamaan -  yang memberikan pengajaran. Perumpamaan pertama Yesus akan membantu kita menjawab dua soalan yang penting: apakah itu Alkitab dan mengapakah kita harus membacanya?

Marilah kita mulakan dengan Markus 4, ayat 3:

"'Dengarlah! Seorang peladang pergi menabur benih. Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Lalu burung datang dan makan habis benih itu. Ada juga yang jatuh di tempat berbatu yang sedikit tanahnya. Benih-benih ini segera tumbuh kerana kurang tanah, tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu, lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam. Ada pula yang jatuh di tengah semak berduri. Semak berduri ini tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut sehingga tidak berbuah. Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur. Benih-benih itu bertunas, membesar, lalu berbuah. Ada yang tiga puluh kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang seratus kali ganda hasilnya.'
Lalu Yesus berkata, 'Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!'”

Ini adalah cerita tentang pertanian. Seorang peladang menaburkan benih; sesetengah benih bertumbuh dan sesetengahnya tidak, bergantung kepada tanahnya. Ia tidaklah mengujakan, tetapi Yesus memberikan kita kunci kepada perumpamaan ini dalam ayat 14:

"Peladang itu menabur perkhabaran Allah." 

Dalam Lukas 8, Yesus berkata: 

"Benih itu ialah firman Allah" (Lukas 8:11).

Yesus membandingkan Firman Allah dengan benih. Fikir tentang benih. Ia tidak menyerlah. Buah adalah lebih menarik. Walau bagaimanapun, benih di dalamnya, titik kecil yang sederhana itu, mengandungi semua cetak biru dan alat pembinaan yang diperlukan untuk menghasilkan seluruh belukar, tumbuhan, atau pokok - daripada akar hingga dahan hingga buah - dan semuanya terhasil daripada tanah. Benih adalah mengagumkan: anda boleh menanamnya dan ia akan menghasilkan kehidupan. 


Yesus memberitahu kita: Firman Allah adalah benih. Ia mungkin tidak menyerlah, tetapi cetak biru kehidupan terkandung dalamnya. Ia cuma memerlukan tanah yang subur.

Alkitab adalah lebih daripada sebuah buku sahaja. Sebenarnya, ia terdiri daripada 66 buah kitab. Namun, lebih daripada itu lagi, Alkitab ialah Firman Allah. 2 Timotius menyatakan, 

"Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah" (2 Tim 3:16). 

Ini bermaksud Alkitab mendakwa ia adalah Firman Allah. 

Jika Firman adalah benih, apakah tanah itu? Ini membawa kita kembali kepada perumpamaan tersebut.

Yesus menjelaskan bahawa tanah itu adalah orang yang mendengar firman. Tanah mewakili anda dan saya. Ia adalah hati kita, dan terdapat empat jenis tanah - empat jenis hati berkenaan pendengaran firman Allah.

Sesetengah hati adalah keras seperti jalan. Firman jatuh atasnya tetapi tidak tertanam. Hati lain bagaikan tanah berbatu. Terdapat sedikit tanah gembur, dan benih tumbuh sedikit, tetapi akarnya tidak tumbuh dalam. Apabila kesusahan melanda, mereka meninggalkan iman. Sesetengah hati pula seperti semak berduri, terlibat dengan keseronokan dan kerisauan kehidupan, tiada ruang untuk pertumbuhan iman. Walau bagaimanapun, ada sesetengah hati yang… Pernahkah anda melihat sebidang tanah datar yang berubah menjadi sebuah taman? Menakjubkan.


Jadi, bagaimanakah anda boleh memastikan hati anda adalah jenis yang bertumbuh? Ketahuinya dengan membaca Markus 4. Ingat, kuasa terletak dalam kata-kata Allah, bukan kata-kata saya. Saya hanya membantu anda bermula, tetapi matlamat sebenar saya adalah agar anda membuka Alkitab dan membacanya sendiri. 

Harapan saya untuk adalah agar anda membina tabiat Alkitab yang sihat. Itu merupakan bahagian yang penting dalam mengikuti Yesus. Baca Alkitab setiap hari. Taburkan benih yang baik dalam tanah yang subur dan hasilkan buah yang baik.

Baca Markus 4 dan 5, dan pertimbangkan jenis tanah yang ingin anda jadi. Jika anda mempunyai masa, baca seluruh bab tersebut, dan ikuti Yesus sementara Dia menceritakan lebih banyak cerita yang mengagumkan. Lihatlah Dia menengking angin ribut dan meneduhkannya, menghalau roh jahat, menyembuhkan orang sakit, dan menghidupkan semula orang mati. Dan semua itu, dengan kuasa firman Yesus. Jika firman Yesus boleh melakukan semua itu, bayangkan apa yang boleh dilakukannya terhadap kehidupan anda. Apa yang anda perlukan - adalah tanah yang subur. 

Renungan & Perbincangan:

  • Pada pendapat anda, mengapakah Yesus menggambarkan Firman Allah sebagai benih? Bagaimanakah ia adalah serupa?
  • Jika tanah mewakili hati anda, apakah yang boleh anda buat untuk memastikan bahawa Firman ditanam dalam tanah yang subur dan mempunyai ruang untuk bertumbuh serta berbuah?
  • Bagaimanakah anda telah melihat firman Allah mempengaruhi anda dan orang lain dalam kehidupan anda? Kongsikan cerita anda.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Start Here | First Steps With Jesus

Jika anda baru kepada Yesus, baru kepada Alkitab, atau sedang membantu kawan yang baru kepada kedua-duanya - Mula Di Sini. Sepanjang 15 hari akan datang, panduan audio selama 5 minit ini akan membawa anda langkah demi la...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Through The Word kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://throughtheword.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami