Info Pelan

Mula Di Sini | Langkah Pertama Dengan YesusSampel

Start Here | First Steps With Jesus

HARI 6 DARIPADA 15

Markus 10-11 | Hidup Sejati dan Kekal

Hari ini, seorang pemuda menanya Yesus satu soalan yang besar. Markus 10, ayat 17:

"Ketika Yesus meneruskan perjalanan-Nya, seorang lelaki berlari ke arah Yesus. Dia sujud di hadapan Yesus lalu bertanya, 'Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?'”

Itu soalan yang susah hendak dijawab. Alkitab mengajar kita bahawa apa yang kita lakukan semasa hayat yang singkat ini menentukan bagaimana kita menghabiskan keabadian. Dan pemuda ini ingin tahu - apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal? Bagaimanakah saya dapat ke Syurga?

Maka dia menanya guru yang baik. Dia memerhatikan cara Yesus memberikan respons. Ayat 18:

"Mengapa kamu mengatakan Aku baik?” tanya Yesus. “Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah."

Perhatikan bahawa Yesus tidak terus memberikan jawapannya. Mengapa? Kerana Dia mahu menjelaskan kepercayaan pemuda itu yang salah sebelum Dia menjelaskan jawapan yang betul. Maka, Yesus memberitahunya, "Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah." Itu adalah penting. 

Kita cenderung memisahkan dunia ini antara orang yang baik dan yang jahat. Namun, Alkitab memberitahu kita bahawa semua orang sudah berdosa, dan tidak seorang pun yang benar di sisi Allah (Roma 3:23). Benar bermaksud berbaik semula dengan Allah, dan dalam Perjanjian Lama, satu-satunya cara kepada hidup sejati dan kekal adalah kebenaran (Amsal 12:28).

Lihatlah apa yang dikatakan Yesus sesudah itu. Ayat 19:

"Kamu tahu akan hukum Allah…"

Dia menyenaraikan: jangan membunuh, jangan berzina, jangan mencuri, jangan berikan kesaksian palsu, hormatilah ibu bapamu. Anda mungkin menyedari ini adalah Sepuluh Hukum Allah. Ayat 20:

“Guru,” kata orang itu, “sejak muda saya telah menurut semua hukum itu.”

Nyata sekali pemuda ini fikir dia adalah baik. Saya memahaminya. Sebelum saya mengenali Yesus, saya betul-betul fikir saya adalah seorang yang baik. Saya cuba tidak melukai orang lain, dan saya adalah orang yang agak baik hati. 

Namun, perhatikan apa yang tidak dinyatakan Yesus. Dia menyenaraikan hukum tentang mengasihi orang lain, tetapi Dia tidak menyebut hukum tentang Allah: "Jangan sembah tuhan-tuhan lain" dan "Jangan buat patung bagi diri kamu" untuk menggantikan Allah. Mengapakah Dia melangkau ayat-ayat tersebut? Ayat 21: 

"Dengan penuh kasih Yesus memandang orang itu." 

Berhenti sejenak. Bagi Yesus, perbualan ini adalah lebih daripada soal jawab teologi. Yesus mengasihi pemuda itu. Maka, Dia memberitahunya:

"Tinggal satu perkara sahaja yang perlu kamu lakukan. Pergilah jual segala yang kamu miliki; berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku."

Wau. Dia hanya tinggal satu perkara sahaja untuk memperoleh hidup sejati dan kekal. Hanya satuWalau bagaimanapun, baca dengan teliti - apakah satu perkara itu? Adakah ia memberi semua milikan kepada orang miskin? Saya rasa tidak. Ia adalah frasa terakhirnya - dua perkataan itu: "Ikutlah Aku." 

Hanya ada satu jalan untuk mewarisi hidup sejati dan kekal: ikut Yesus. Roma 3 memberitahu kita bahawa 

"Jika seseorang melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat, hal itu tidak bererti dia berbaik semula dengan Allah" (Roma 3:20). 

Itu bermaksud perbuatan baik adalah tidak cukup. 


"(Tetapi) Allah memungkinkan orang berbaik semula dengan Dia, hanya melalui kepercayaan mereka kepada Yesus Kristus" (Roma 3:22).

Dengan kata lain, Yesus membolehkan kita berbaik semula dengan Allah apabila kita mengikut-Nya secara beriman. Dia telah menanggung dosa kita pada salib dan membenarkan kita (2 Korintus 5:21). 

Mengapakah Yesus memberitahu pemuda itu untuk menjual semua milikannya? Lihatlah reaksinya:

"Apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, mukanya muram. Dia terus meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya" (Markus 10:22).

Dia adalah kaya. Dan reaksinya merupakan satu petunjuk. Dia berasa susah hati kerana dia mencintai kekayaannya. Wang tidaklah jahat, tetapi sikap mencintai wang adalah bahaya. Kekayaan mudah menjadi pahala - suatu pengganti Allah. Barangkali Yesus melangkau hukum yang pertama untuk menunjukkan kepada pemuda itu bahawa itulah yang dilakukannya. Sekali lagi, saya memahami itu. Saya fikir saya adalah agak baik, tetapi kebanggaan saya adalah pahala saya, dan ia menjauhkan saya daripada Allah. Bagi pemuda itu, wang adalah pahalanya. Jadi, Yesus memberitahunya: pertama, lepaskan pahala itu, kemudian ikutlah Aku.

Perhatikan kata-kata Yesus. Dia menggambarkan Syurga sebagai "Kerajaan Allah." Itu mengubah keadaannya. Jika Syurga hanyalah satu tempat yang baik, maka, kemasukannya memerlukan kita untuk menjadi baik; tetapi jika Syurga adalah Kerajaan Allah, kemasukannya memerlukan kita untuk berbaik semula dengan Raja itu.

Yesus ialah Raja itu, dan satu-satunya jalan kepada Kerajaan Allah adalah mengikut Yesus. Dia adalah baik, dan hanya Dia boleh membenarkan kita. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mengikut Yesus melainkan anda meninggalkan pahala anda. Anda tidak boleh melayani dua tuan, dan anda tidak boleh mengikuti dua haluan. 

Apakah yang berlaku kepada pemuda itu? Adakah dia mengikut Yesus, ataupun adakah dia memiliki seluruh dunia ini dan kehilangan hidup yang sejati? Kita tidak tahu. Namun, saya tahu masih ada masa untuk anda. 

Saya tertanya-tanya bagaimanakah Yesus akan memberikan respons jika anda menanya Dia soalan yang sama. Kita mempunyai pahala yang berbeza: wang, keseronokan, dadah, kejayaan, kebanggaan, nafsu. Demi mengetahui pahala anda, tanyalah diri sendiri: Apabila Yesus berkata "Ikutlah Aku," apakah yang menghalang anda?

Baca Markus 10, dan pertimbangkan apa yang anda perlu lepaskan supaya anda boleh mengikut Dia. 

Renungan & Perbincangan:

  • Bahagian respons Yesus yang manakah betul-betul menjawab soalan pemuda itu? (Baca 10:17 & 10:21).
  • Mengapakah Yesus mengatakan adalah sukar untuk orang yang kaya memasuki Kerajaan Allah? (Baca 10:25).
  • Apabila Yesus memanggil anda untuk mengikut Dia, apakah perkara yang menghalang anda? Kongsikan cerita anda.
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Start Here | First Steps With Jesus

Jika anda baru kepada Yesus, baru kepada Alkitab, atau sedang membantu kawan yang baru kepada kedua-duanya - Mula Di Sini. Sepanjang 15 hari akan datang, panduan audio selama 5 minit ini akan membawa anda langkah demi la...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Through The Word kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://throughtheword.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami