Info Pelan

Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 3 DARIPADA 25


Penebusan Harapan yang Tertunda


Anda mungkin pernah dengar peribahasa, "Harapan yang tertunda menyedihkan hati." Namun, tahukah anda bahawa Yesus dilahirkan kerana Tuhan telah menebus harapan yang telah lama tertunda? Dalam Kejadian, kita baca bahawa Abraham dan isterinya Sara mengharapkan seorang anak selama beberapa dekad, tetapi Sara mandul. Apabila Sara berumur 90 tahun, Tuhan menampakkan diri kepada Abraham dan berjanji bahawa Sara akan melahirkan seorang anak lelaki, dan melalui anak ini, Dia akan menepati janji abadi antara Dia dan keturunan Abraham. Sebenarnya, Sara tertawa apabila Tuhan mengatakan ini, kerana dia berfikir, "Bolehkah aku melahirkan anak sedangkan aku sudah tua?" Namun, Sara menjadi hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Abraham menamakannya "Ishak," yang bermaksud "dia tertawa," kerana Tuhan telah membuat Sara tertawa kerana gembira dan membawakan penebusan melalui satu situasi yang kelihatan mustahil.


Anak lelaki Ishak ialah Yakub, dan Yakub mempunyai 12 orang anak lelaki, salah seorang daripadanya ialah Yehuda. Daripada suku Yehuda muncullah Raja Daud, dan disebabkan ibu Yesus, Maria, ialah keturunan Daud (demikian juga bapa duniawi-Nya, Yusuf), Penyelamat itu menjadi buah janji Tuhan kepada Abraham dan Sara. Sebagaimana Tuhan telah menyembuhkan tubuh Sara dan memenuhi keinginan hatinya, Dia telah menanamkan benih yang akhirnya akan mendamaikan manusia kepada-Nya, membuat perjanjian yang akan kekal selama-lamanya. Keupayaan Sara untuk melahirkan anak walaupun sudah tua memberikan kita satu lagi sebab untuk berasa kagum tentang kisah kelahiran Yesus yang luar biasa.


Jika anda mengalami harapan yang tertunda pada hari ini, bertenanglah kerana Tuhan menyediakan penebusan untuk musim ini dan akan membawa keuntungan yang lebih besar daripada apa yang anda dapat bayangkan. Walaupun anda tidak melihat tujuan situasi anda pada masa ini, suatu hari nanti, anda akan menyedarinya. Berpeganglah pada janji Tuhan! Seperti Sara, anda akan mengalami bahawa, "keinginan yang terpenuhi adalah pohon kehidupan."


Doa: Bapa, terima kasih kerana menjadi Allah Firman-Mu. Sebagaimana Engkau menepati janji-Mu kepada Sara, saya percaya Engkau akan menepati janji-Mu kepada saya. Saya mengucapkan terima kasih lebih awal kerana menggunakan musim kehidupan saya yang sukar untuk tujuan yang lebih besar. Saya berbesar hati menjadi sebahagian daripada pekerjaan yang memuliakan-Mu.


Muat turun imej hari ini di sini.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyeda...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami