Info Pelan

Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 2 DARIPADA 25


Bercakap Tentang "Mukjizat Natal"!


Sesudah Tuhan memberikan janji pertama tentang seorang Penyelamat, Dia mula mendedahkan kebenaran khusus tentang Raja yang bakal datang melalui saluran manusia: nabi-nabi. Lebih daripada 680 tahun sebelum kelahiran Yesus, Tuhan memberitahu nabi Yesaya bahawa Penyelamat itu akan mempunyai seorang ibu perawan dan adalah Tuhan sendiri yang menjadi manusia. Ketepatan dakwaan ini sahaja adalah luar biasa, terutamanya memandangkan tempoh penantian dunia untuk penggenapan janji ini. Namun, nubuatan ini hanyalah satu daripada 108 nubuatan yang digenapi melalui kelahiran dan kehidupan Yesus.


Pada tahun 1958, seorang ahli matematik dan ahli astronomi yang terkenal, profesor Peter Stoner, telah menyelidik dan menghitung kebarangkalian penggenapan nubuatan Mesias. Beliau menyimpulkan bahawa kebarangkalian berlakunya 8 daripada 108 nubuatan itu adalah, secara konservatif, satu dalam 100,000,000,000,000,000. Itu adalah satu dalam seratus kuadrilion. Hanya LAPAN daripada 108! Ini menjadikan hari Natal salah satu mukjizat yang paling bererti dalam sejarah.


Semasa kita meraikan cuti yang luar biasa ini, cubalah memahami kemungkinan tipis Yesus akan datang ke dunia ini seperti yang diramalkan. Ia agak mustahil untuk diduga! Satu-satunya respons kita yang logik adalah penyembahan—dalam kesyukuran dan kekaguman. Firman memberitahu kita bahawa tiada batas kuasa Tuhan, dan angka ini pastilah bukti itu. Dia layak menerima kekaguman kita.


Doa: Bapa, Engkau sungguh mengagumkan. Saya tidak dapat memahami bagaimana Engkau menjalinkan kisah Yesus sebelum Dia dilahirkan. Saya berasa kagum dengan kuasa dan kebijaksanaan-Mu yang tidak terbatas. Terima kasih kerana mukjizat Anak-Mu. Bantulah saya supaya tidak lupa akan betapa agungnya Engkau.


Muat turun imej hari ini di sini.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyeda...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami