Info Pelan

Maria Ialah Seorang IbuSampel

Mary Was a Mom

HARI 7 DARIPADA 7

Suami saya dan saya, bersama dengan anak kami yang banyak menaiki kereta dan bertolak balik ke rumah dari gereja. Sebelum melengkapkan perjalanan tiga batu itu, seorang anak saya bertanya, "Hei, mana bayi?" Ya. Kami telah meninggalkan bayi kami, Katie, yang tidur nyenyak di taman asuhan kanak-kanak gereja. Kami segera berpatah balik untuk menjemputnya, berasa seperti ibu bapa yang teruk dan tidak bertanggungjawab. Sejak itu, suami saya kira berapa orang yang ada di dalam kereta setiap kali sebelum bertolak.  


Maria dan Yusuf telah kehilangan Yesus semasa Dia berumur 12 tahun. Demi memperingati hari Paskah di Rumah Ibadat Yerusalem, keluarga itu telah berjalan, berkemungkinan besar dengan sekumpulan orang yang besar dari Nazaret. Perjalanan itu sejauh kira-kira 120 batu dan akan memakan masa beberapa hari berjalan kaki. 


Selepas kemeriahan itu, kumpulan itu mula berjalan pulang, Maria dan Yusuf hanya mendapati Yesus tidak berada bersama dengan kawan-Nya dan ahli keluarga yang lain selepas dua hari. Saya yakin bahawa mereka tergopoh-gapah mencari Dia. Tidakkah mereka menanya setiap orang yang dijumpa, menggambarkan rupa-Nya, dan berharap untuk menerima berita baik? Tiga hari kemudian, mereka menemui Dia! Dia duduk bersama dengan para pemimpin rumah ibadat menanya soalan, tidak menyedari tentang kerisauan ibu bapa-Nya.  


“...Nak, mengapa berbuat seperti ini terhadap ayah dan emak? Cemas hati ayah dan emak mencari-Mu!” (Lukas 2:48 BM)


 


Itu merupakan soalan yang salah yang ditanya oleh kita, “Mengapa kamu melakukan ini terhadap saya?” Kita memberikan reaksi dari segi emosi daripada hati kita yang mementingkan diri dengan menyalahkan orang lain, tidak ingin menghadapi rasa malu kerana kelemahan dan kegagalan sendiri.


Yesus membalas Maria, “Tidakkah Aku harus di rumah Bapa-Ku?” Itu merupakan pernyataan yang mengejutkan yang mengingatkan Maria tentang tujuan dan panggilan Yesus. 


Sekali lagi, Maria menyimpan semua ini dalam hatinya—ia merenungkannya dan menyimpannya, lagi.


Ia akan memerlukan fikiran dan kenangan ini kemudian kerana Maria akan kehilangan Yesus lagi. 


Ia ada bersama dengan Dia semasa Dia mengangkat salib kayu yang berat menaiki bukit. Dia tidak menyalahkan orang lain, atau mengajukan soalan yang salah. Anak Maria ini, yang tidak bersalah, menanggung kesalahan dan rasa bersalah saya pada tubuh-Nya yang dipukul dan bahu yang dibongkokkan. Ibu-Nya yang sedih, dengan air matanya bergenang, berdiri berdekatan dengan-Nya dan menyaksikan anak sulungnya menyerahkan diri-Nya secara rela deminya, demi saya, demi anda, semasa Dia dipakukan pada salib itu. Semasa Dia menundukkan kepala dan mati, saya pasti Maria mempercayai bahawa hatinya akan hancur. 


Ia telah kehilangan Dia lagi, Dia sudah tiada. Sudah selesai.  


Walau bagaimanapun, kita mengetahui bahawa ini bukanlah penutupnya! Sekali lagi, selepas kehilangan Yesus selama tiga hari, berita tersebar, "Dia tidak ada di sini. Dia sudah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu." Bayangkan sukacita, ketakjuban, peringatan segala hal yang disimpan dalam hatinya ketika ia mendengar bahawa Dia tidak ada di sana. Sepanjang masanya ia melihat Anaknya yang merupakan manusia sepenuhnya, dan Allah sepenuhnya, bergelut dan selalu memilih kasih, sukacita, kedamaian, kesabaran--semua keputusan yang susah dan betul demi kebenaran. 


Jauh di lubuk hatinya, ia ingat dan ia tahu.  


Seperti Maria, kita boleh mengetahui, dan mempercayai bahawa jalan yang telah ditetapkan untuk anak kita akan berakhir dengan kemenangan! Dia memelihara mereka, Dia mengasihi mereka, dan Dia membuka jalan meskipun tiada jalan yang kelihatan. Dia ialah Allah yang setia.  


Yesus sudah bangkit! Adakah anda mempercayai itu? Adakah anda hidup menurut kebenaran itu?


Oh Bapa, terima kasih kerana Engkau menemui saya sementara saya sesat. Terima kasih kerana Engkau memberikan diri-Mu secara rela demi saya. Semoga saya memberikan hati saya kepada-Mu dengan rela—seluruh hati saya—sebagai tukaran hidup-Mu yang Engkau berikan dengan percuma demi hidup saya. Sesungguhnya suatu pertukaran yang mulia!


Moga-moga sukacita-Nya bangkit dalam hati anda pada musim ini dan selalu semasa anda menempatkan hati anda, hidup anda, dan anak-anak anda dalam tangan-Nya yang penyayang dan mempunyai kesan paku. Anda, atau mereka, tidak sesat, tetapi telah ditemui!


Berhubung dengan Robin di Instagram @manymeadows


 Kami berharap Pelan ini telah mendorong anda. Terokai Sumber YouVersion yang Lain  


 


Hari 6

Perihal Pelan

Mary Was a Mom

Alam keibuan ialah panggilan yang tidak glamor tetapi menakjubkan terhadap banyak perempuan. Apakah yang dapat kita kaitkan dengan diri kita dan belajar daripada perempuan yang telah dipilih untuk melahirkan Mesias? Sert...

More

Kami berterima kasih kepada Robin Meadows kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://tinyurl.com/ybn82y4a

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami