Info Pelan

Maria Ialah Seorang IbuSampel

Mary Was a Mom

HARI 6 DARIPADA 7

 


Ada kalanya anak kita mengatakan sesuatu yang betul-betul menyakiti hati kita. Kita memahami ketidakmatangan anak kecil kita yang menyelar "Saya benci kamu" atau "Saya harap kamu bukan ibu saya." Walau bagaimanapun, ia masih menusuk hati. Semakin anak bertambah tua, sesetengah kata-kata mereka boleh menyinggung hati. Pada waktu itu, memanglah sukar untuk memisahkan hati muda mereka yang kurang matang daripada kata-kata mereka yang melukakan hati, yang menusuk hati kita, lalu menguatkan lagi perasaan tidak yakin pada diri sendiri kita yang sensitif. Kita rasa terluka dan tersinggung dan kita kerap membalas dengan kata-kata yang melukakan hati, merendahkan diri kepada tahap kematangan anak kita.


Saya tertanya-tanya jika Maria merasakan perasaan yang melukakan hati ini pada akhir Matius 12? Yesus melayani, menyembuhkan penyakit, dan sentiasa memberikan diri-Nya di khalayak ramai sepanjang hari. Seseorang mendekati Yesus untuk memberitahu Dia bahawa saudara dan ibu-Nya telah tiba dan ingin bercakap dengan Dia.


Keluarga-Nya datang untuk melihat Dia! Saya merasakan harapan Maria, kebanggaan yang memenuhi hatinya kerana anak sulungnya, menjangka bahawa ia akan menerima dakapan dan sambutan yang gembira. 


Memanglah sukar difahami, tetapi ketika Yesus melihat keluarga terdekat-Nya, Yesus menunjuk kepada murid-Nya dan berkata, "Inilah ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku.”


Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya fikir jika saya ialah Maria dan terdengar perbualan ini, saya akan berasa sangat sedih. Saya mungkin berfikir, “Hei, dengar! Saya ialah ibu kamu! Saya melahirkan kamu di bangsal! Jangan lupa apa yang telah saya lakukan untuk kamu!” Rasa kepentingan diri dan kebanggaan saya akan meledak, mungkin bukan dari mulut saya, tetapi pastinya dalam fikiran saya!


Kita tidak diberikan catatan tentang apa yang berlaku selepas itu, melainkan Yesus terus memberi dan melayani orang lain. Adakah Maria rasa tersinggung, mengalami kepedihan penolakan pada ketika ini? Mungkin. Ia boleh berputus asa dan balik ke rumahnya. Namun, ia tidak berbuat demikian. Ia kekal di sisi Yesus. 


Ia memilih untuk mengasihi dan bukannya rasa tersinggung. Bagaimana itu mungkin berlaku?


Saya percaya kata-kata-Nya tidak menusuk hati Maria kerana ia sentiasa menerima Yesus dengan tangan terbuka. Ia sedar bahawa Dia bukan miliknya, bahawa hidup-Nya dan tujuan-Nya tidak bergantung pada harapan dan keinginannya terhadap Dia. Dengan pemahaman itu, saya juga mempercayai bahawa Maria belajar menerima anaknya yang lain dengan tangan terbuka. 


Anak kita ialah kurnia, bukan untuk dikawal, tetapi untuk diserahkan semula kepada Allah yang telah mencipta mereka menurut gambar-Nya. Dia tahu hal yang terbaik bagi mereka, dan hal yang terbaik bagi kita. Dia meminta kita agar mengasihi mereka, memimpin mereka kepada Yesus berdasarkan teladan kita, untuk mengangkat mereka, dan membiarkan mereka meluncur naik! Membuat mereka rasa bersalah, memendam rasa tersinggung, memanipulasi dan mengawal mereka akan menyakiti mereka, dan diri kita. 


Memanglah sukar untuk melihat anak kita sebagai milik-Nya dan bukan milik kita, tetapi itulah jalan yang terbaik. Itulah jalan-Nya.


Adakah anda mengawal dengan terlalu ketat? Ataupun, adakah tangan anda terbuka kepada kehendak-Nya dan jalan-Nya untuk anak anda?


Oh Bapa! Ini adalah susah. Saya sedar bahawa Engkau faham, kerana Engkau telah memberikan Anak-Mu demi saya. Saya memohon keberanian untuk melihat keindahan melepaskan dan menyerahkan anak saya kepada-Mu, setiap saat setiap hari! Meskipun susah, ia berlalu dengan cepat dan saya bersyukur kerana waktu yang paling sukar juga. Semoga saya tidak menerima pujian kerana kelemahan mahupun kelebihan mereka, menyedari bahawa mereka milik-Mu dan mereka ialah kurnia yang telah Engkau berikan kepada saya untuk sementara waktu sahaja. Terima kasih atas kurnia itu.


 


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Mary Was a Mom

Alam keibuan ialah panggilan yang tidak glamor tetapi menakjubkan terhadap banyak perempuan. Apakah yang dapat kita kaitkan dengan diri kita dan belajar daripada perempuan yang telah dipilih untuk melahirkan Mesias? Sert...

More

Kami berterima kasih kepada Robin Meadows kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://tinyurl.com/ybn82y4a

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami