Info Pelan

Maria Ialah Seorang IbuSampel

Mary Was a Mom

HARI 4 DARIPADA 7

Babak kelahiran Yesus kita kerap menunjukkan Maria yang menunggangi keldai dari Nazaret ke Betlehem untuk membanci. Berkemungkinan besar, Maria dan Yusuf berjalan dan berkhemah pada waktu malam! Perjalanan 100 batu itu memakan lebih kurang empat hingga lima hari, dan jalan itu melalui kawasan pergunungan. Maria hamil sembilan bulan! Saya masih ingat menaiki kereta sepanjang 10 batu untuk ke pusat melahirkan anak semasa hamil dengan anak pertama saya. Saya merungut setiap kali kereta yang dipandu oleh suami saya itu terhinggut-hinggut! 


Saya tertanya-tanya, adakah Maria merungut tentang perjalanannya yang panjang dan azab ke Betlehem? 


Kesukaran itu bertambah lagi. Saya tidak pasti jika Yusuf tidak membaca peta, atau terpaksa berhenti banyak kali untuk membenarkan Maria berehat, ataupun jika ia cumalah perancang yang lemah, kerana pada waktu mereka tiba di Betlehem, tiada tempat penginapan untuk mereka! Semua hotel sudah penuh. Sekali lagi catatan Alkitab tidak menyatakan apa-apa tentang sikap Maria pada ketika ini, tetapi memang susah!


Cerita itu bertambah teruk lagi. Maria melahirkan anak pertamanya di bangsal! Tidak selesa, tanpa doktor. Semua kesukaran yang bertokok tambah ini membuat saya kurang selesa. Di mana catatan tentang Maria yang menangis dengan kekecewaan? Di mana kemarahannya? Di mana teguran Maria terhadap ketidakcekapan dan sikap tidak bertimbang rasa Yusuf?


Tiada.


Maria tidak tiba-tiba naik berang terhadap situasinya yang susah. Sebaliknya, ia memberikan respons. Selepas satu lagi kunjungan malaikat dan satu lagi peringatan agar ia jangan takut, ia berfikir. 


Itulah catatan yang diberikan. Ia berfikir dan merenungkan situasinya. Ia tidak mencuba untuk menyelesaikan situasinya. Ia tidak menyalahkan siapa-siapa. Ia tidak membuat rancangan atau menanya soalan. Sebaliknya, ia menyimpan semua perkara itu di dalam hati dan merenungkannya! 


Bagaimanakah ia dapat memberikan respons sedemikian?  


Fikir sejenak: ia mengandungkan dan melahirkan Kedamaian!


Anda dan saya boleh membuat pilihan yang menakjubkan yang sama ini setiap kali kita dikuasai oleh keadaan kita yang berat—melahirkan Kedamaian. Dia berdampingan dengan kita—Imanuel, Allah menyertai kita—Jawapan bagi semua soalan kita, rancangan kita, dan kegelisahan kita. Kedamaian sebagai tukaran kegelisahan kita.


Adakah Dia Kedamaian tetap anda dalam badai kehidupan? Adakah anda melahirkan dan memberikan respons terhadap Kedamaian, atau adakah anda membenarkan emosi anda untuk memimpin anda?


Oh Bapa—Yesus—jadilah Kedamaian saya! Tolonglah saya untuk memilih-Mu dan memberikan respons terhadap jalan-Mu, dan bukannya memberikan respons berdasarkan emosi saya. 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Mary Was a Mom

Alam keibuan ialah panggilan yang tidak glamor tetapi menakjubkan terhadap banyak perempuan. Apakah yang dapat kita kaitkan dengan diri kita dan belajar daripada perempuan yang telah dipilih untuk melahirkan Mesias? Sert...

More

Kami berterima kasih kepada Robin Meadows kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://tinyurl.com/ybn82y4a

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami