Info Pelan

Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

HARI 5 DARIPADA 10

Kepercayaan Mengubah Hati 


Apakah punca dosa kita? Sepanjang kajian ini, kita sudah membincangkan bahawa hati memainkan peranan penting dalam memimpin kita ke arah dosa atau kekudusan. Namun, apakah yang mempengaruhi hati kita? 



Yesus menunjukkan dalam Khutbah di atas Bukit bahawa ketidakpercayaan ialah punca semua dosa kita. 



Yesus mengarahkan pengikut-Nya agar tidak bimbang tentang apa yang akan dimakan, diminum, atau dipakai. Mungkinkah? Sehingga hari ini, banyak orang yang bekerja keras dan hidup susah payah, hidup cukup makan. Bagaimanakah saya akan menyara keluarga saya, membayar gadai janji, membaiki kereta? Jawapan Yesus ialah percayalah pemeliharaan Allah (Mat 6:25-30). Hal yang kita percaya mengubah hati kita. 



Yesus mengajar kita satu kebenaran yang penting tentang hati kita. Dari satu segi, Dia berkata, "Memandangkan Allah melakukan perkara yang kecil, Dia pasti akan melakukan perkara yang besar juga." Allah menyediakan makanan untuk burung dan menghiasi rumput. Itu merupakan bukti bahawa Dia akan memberi anda makan dan mengenakan pakaian pada anak anda. Percayalah bahawa Allah ialah pemelihara dan kerisauan akan dihilangkan daripada hati anda. Hal yang anda percaya mengubah hati anda. 



Walau bagaimanapun, ketidakpercayaan mengatakan hal yang bertentangan kepada hati kita. Seperti yang dikatakan oleh Yesus, dosa kerisauan mendedahkan ketidakpercayaan tersembunyi tentang pemeliharaan Allah. Kita risau kerana kita tidak mempercayai bahawa Allah akan memelihara kita. Pelbagai bentuk ketidakpercayaan memenuhi hati kita dan menyebabkan dosa yang sepadan dan tidak dapat dielakkan. 



Kuasa Allah tidak dapat memelihara. Kasih Allah tidak cukup untuk memuaskan. Hukum Allah tidak selaras dengan sukacita saya. Darah Yesus tidak mencukupi untuk dosa saya. Pekerjaan Roh Kudus tidak mencukupi untuk pengudusan saya. Injil tidak dapat menyembuhkan perkahwinan saya, membebaskan saya daripada ketagihan saya, atau mendiamkan kepahitan hati saya. Kita meragui bahawa Allah adalah memadai.



Jika kita tidak boleh mempercayai Allah, siapakah yang boleh kita percaya? Melalui kelakuan kita, kita menjawab soalan ini dengan "Diri sendiri!" yang kuat. Saya memenuhi keperluan sendiri. Saya memenuhi keinginan diri. Apabila kita cuba memenuhi keinginan dengan usaha sendiri, satu-satunya penyelesaian yang terhasil ialah dosa. Apabila hati kita dipenuhi ketidakpercayaan, segala sesuatu dalam tangan kita akan menjadi pahala buatan kita untuk memenuhi kepuasan diri. Mengapa kamu kurang percaya kepada-Ku?



Maka, bagaimanakah anda melawan dosa? Ubahlah hati anda. Bagaimanakah anda dapat mengubah hati anda? Ubahlah kepercayaan anda. 



Percayalah bahawa Yesus telah menyediakan semua keperluan anda dalam Injil dan hati anda akan mula berlari daripada dosa dan ke arah Allah. 


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan...

More

Kami bersyukur kepada Spoken Gospel kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/2ZjswRT

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami