Info Pelan

Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

HARI 10 DARIPADA 10

Hati Kita Memerlukan Allah


Hari ini merupakan hari kesepuluh dan terakhir dalam kajian kita tentang "hati." Selepas semua perbincangan kita, cuma ada satu lagi soalan yang perlu diajukan. Bolehkah kita mengubah hati sendiri? 



Adakah kita berupaya menghasilkan transformasi dalaman hati yang diperlukan untuk mengikut Allah, memuja Yesus, dan mendengar Roh Kudus? Jawapannya ialah tidak. 



Kita menemui satu pernyataan yang amat aneh dalam kitab Ulangan selepas Allah memberikan umat Israel semua hukum yang harus ditaati untuk terus berhubungan dengan-Nya. 



“Tetapi sampai sekarang ini TUHAN belum juga mengurniakan kepadamu akal budi untuk memahami, mata untuk melihat, dan telinga untuk mendengar” (29:4). 



Israel tidak dapat memahami perkara Allah, tidak juga betul-betul mendengar perintah-Nya supaya mereka boleh mentaatinya. Mengapa? Kerana hati mereka tidak betul. 



Selepas ayat ini, Allah memberitahu mereka bahawa, pada masa depan, mereka akan melanggar perjanjian-Nya dan kemurkaan-Nya akan membara terhadap mereka. Memang betul, semasa kita membaca bahagian Alkitab yang lain, kita menyedari bahawa inilah yang berlaku. 



Apakah harapan mereka? Apakah harapan kita? Jika kita tidak dapat mentaati perintah Allah dan berdamai dengan-Nya, apakah yang harus mereka dan kita lakukan? 



Kita memerlukan hati yang baru. 



Mujurlah, dalam bab Ulangan yang seterusnya, Allah berjanji untuk membaiki hati kita. Inilah teks kita untuk hari ini. 



Allah berkata bahawa Dia akan menyunat hati kita, supaya kita mengasihi Dia. Allah sendiri mesti dan akan melaksanakan pembedahan dalaman terhadap kita. Dia akan mengubah hati kita. 



Inilah yang dilakukan oleh Yesus untuk kita melalui pekerjaan Roh Kudus. Jika anda mempercayai Yesus dan Injil-Nya, anda sudah mengalami sebahagian daripada kerja-Nya. Kita tidak boleh mempercayai Yesus tanpa pekerjaan dalaman Roh Kudus. 



Allah juga terus bekerja dalam kita setiap hari. Dia membedah hati kita setiap hari. Tujuan pembedahan ini dinyatakan dalam ayat ini: supaya kita mengasihi Dia dengan sepenuh hati. 



Adakah anda ingin mengubah hati anda? Berserulah kepada Allah dan meminta Dia untuk mengubahnya. Hanya Dia dapat melakukannya. 



Satu perkara lain yang harus dilakukan ialah menyerahkan semua kasih anda kepada Allah melalui Kristus. Berfikir-fikir tentang semua perkara yang telah dilakukan oleh-Nya untuk anda di salib. Fikirlah tentang kenyataan bahawa Dia akan datang semula untuk hidup bersama dengan anda selama-lamanya. Apabila kasih anda terhadap Allah bertambah, hati anda akan terus berubah. 



Bersukacitalah dalam Injil, dan Allah akan mendawaikan semula hati anda. 



Untuk maklumat lanjut tentang idea ini, lihatlah buku saya, “Rewire Your Heart.”


Hari 9

Perihal Pelan

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan...

More

Kami bersyukur kepada Spoken Gospel kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/2ZjswRT

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami