Info Pelan

Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

HARI 4 DARIPADA 10

Dosa Tidak Berpunca Daripada Godaan


Semasa membesar saya mempercayai bahawa godaan menyebabkan dosa. Pada bila-bila masa sahaja, dalam keadaan biasa godaan akan melanda: perempuan yang cantik akan melalui saya, seorang kawan akan menceritakan jenaka yang lucah, saya akan menerima salinan ujian minggu depan. Pada saat itu, memanglah kewajipan saya untuk menentang godaan itu dengan mengatakan tidak atau menjauhkan diri. Godaan ialah musuh. Kekalahan bermaksud dosa.



Namun, masalahnya bukan godaan. Masalah sebenar ialah hati di mana timbulnya keinginan kita. 



Godaan tidak wujud jika keinginan tidak wujud terlebih dahulu. Anda tidak akan digoda untuk melakukan sesuatu yang anda tidak inginkan dahulu.



Alkitab mengajar bahawa keinginan membawa godaan. "Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat. Apabila dia menuruti keinginannya yang jahat itu, maka lahirlah dosa; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian” (Yak 1:14-15). Bilakah godaan timbul? Selepas keinginan menggoda kita. Godaan tidak menghasilkan keinginan, tetapi keinginan menyebabkan godaan.



Godaan tidak wujud jika keinginan tidak wujud. Saya tidak dapat menggoda anda untuk memakan konkrit, jika sesuatu yang menarik tentang memakan konkrit tidak memikat anda. Memandangkan anda menyedari bahawa memakan konkrit bukan sahaja tidak menyelerakan malah membahayakan tubuh anda, godaan ini tidak mungkin berjaya. Sebenarnya, memanggil ini sebagai godaan tidaklah kena. Anda tidak boleh memanggil sesuatu itu godaan jika sesuatu itu langsung tidak menggoda. Godaan hanya wujud sekiranya keinginan sudah wujud.



Godaan cuma dapat menunjukkan peluang untuk memenuhi keinginan yang sudah ada itu. Fikirlah tentang cemuhan yang biasa dilaungkan oleh penggoda, "Kamu tahu kamu inginkannya." Godaan menyerlahkan objek keinginan kita dan cuba menjadikannya lebih menarik.



Apabila kita menumpukan perhatian pada keinginan dalaman kita, bukannya godaan luaran, barulah kita dapat menangani dosa pada tahap yang lebih mendalam. Apabila kita memandang apa yang diinginkan, bukannya apa yang kita lakukan sahaja, barulah kita akan mendekati tapak pertempuran dosa yang sebenarnya. 



Bagaimanakah perubahan berlaku pada tahap yang lebih mendalam? Bagaimanakah keinginan hati kita diubah? Seperti yang telah dibincangkan dalam kajian ini, satu-satunya cara hati kita boleh diubah ialah melalui Injil. Kenali Yesus, dan Dia akan mengubah hati anda. 



Hanya Allah boleh membawa perubahan ini. Semoga kita mengikuti kata-kata Yakobus daripada suratnya, "Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu” (4:8). 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan...

More

Kami bersyukur kepada Spoken Gospel kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/2ZjswRT

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami