Info Pelan

Dari Hari Ini oleh Craig & Amy GroeschelSampel

Craig & Amy Groeschel’s From This Day Forward

HARI 7 DARIPADA 7

"Selama Anda Berdua Akan Hidup" Carilah Allah. Berlawan secara adil. Berseronok. Tetap suci. Dan jangan berputus asa. Lima komitmen ini adalah kunci kepada perkahwinan yang kekal. Namum kita memerlukan Allah untuk melaksanakan semua ini; kita tidak dapat melakukannya dengan kekuatan kita sendiri. Biarkan masa lalu berlalu. Biarkan setiap hari menjadi hari yang baharu. Bermula daripada hari ini, kita boleh memutuskan apa yang kita inginkan daripada perkahwinan kita. Kita tidak dapat mengubah masa silam, tetapi Allah dapat mengubah masa depan kita. Kekalkan perkahwinan anda agar mudah, terfokus, dan berpusatkan Kristus, dan anda akan memiliki perkahwinan yang hanya diidamkan oleh kebanyakan orang. Marilah kita berdoa bersama: Allah, bantulah saya agar melihat kesudahan pelan Alkitab ini sebagai permulaan kepada perkara yang baharu yang Engkau ingin lakukan dalam perkahwinan saya. Saya memberikan Engkau kuasa sepenuhnya ke atas semua bahagian kehidupan saya — termasuk perkahwinan saya — supaya seluruh kehidupan saya membawa kemuliaan dan penghormatan kepada Engkau. Saya inginkan perkahwinan yang menunjukkan kasih, penebusan, kasih karunia, dan pengampunan Engkau kepada dunia. Semasa saya berazam untuk mencari Engkau, tunjukkanlah hadirat-Mu dalam perkahwinan saya, dan berikan perkenanan Engkau kepada kami berdua. Terima kasih atas segala sesuatu yang telah Engkau lakukan dalam hubungan kami. Dan terima kasih juga atas hal yang saya percaya Engkau akan terus lakukan dalam kami dan menerusi kami. Dalam Nama Yesus, amin.
Hari 6

Perihal Pelan

Craig & Amy Groeschel’s From This Day Forward

Anda boleh memiliki perkahwinan yang baik. Pilihan yang anda buat pada hari ini akan menentukan perkahwinan anda pada masa depan. Pastor dan penulis terlaris New York Times Craig Groeschel dan isterinya, Amy, menunjukkan...

More

Kami berterima kasih kepada Zondervan, HarperCollins, dan Life.Church  kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.zondervan.com/from-this-day-forward

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami