Info Pelan

Dari Hari Ini oleh Craig & Amy GroeschelSampel

Craig & Amy Groeschel’s From This Day Forward

HARI 4 DARIPADA 7

"Berseronok" Bertunang boleh menjadi perkara yang seronok. Ianya penuh dengan jangkaan dan keterujaan, namun ianya merupakan jangka masa yang pendek dalam konteks keseluruhan hidup yang dihabiskan bersama. Bagaimanakah anda membawa keseronokan masa bercinta, bertunang, dan berbulan madu ke dalam tahun demi tahun perkahwinan? Bagaimanakah anda boleh berseronok ketika anda menghadapi beban kewangan, masalah dengan anak-anak, atau hanya musim perubahan yang normal dalam hidup. Adakah anda harus tetap mengejar pasangan anda walaupun anda telah "menangkap" dia? YA! Anda harus menjadikan keseronokan sebagai keutamaan. Ia mungkin seperti kemewahan yang anda tidak mampu, tetapi yang sebenarnya, ia adalah bahagian yang perlu untuk perkahwinan yang berjaya. Keseronokan ialah keperluan. Dan anda boleh PILIH untuk berseronak bersama pasangan anda. Bagaimana jika perkahwinan orang lain nampak lebih seronok dari anda? Bagaimana jika perempuan tersebut yang berada di bank ketawa dengan jenaka anda? Bagaimana jika lelaki tersebut yang berada di pejabat selalu tampak mempunyai pelan hujung minggu yang lebih baik? Jika rumput tersebut nampak lebih hijau di tempat lain- siramkan halaman rumput anda! Jadi orang yang sedar tentang keintiman dan keterhubungan. Usahakan untuk menjadi sahabat karib lagi: ketawa bersama, berpelukan dengan penuh kasih sayang, salin melihat untuk hiburan dan kegembiraan. Ianya mungkin nampak tidak seronok untuk membuat jadual untuk berseronok, tetapi mungkin seperti itulah anda harus bermula. Dan hubungan seperti itulah yang anda inginkan, bukan? Marilah berdoa bersama: Bapa, kami menyesali perkara-perkara yang kami benarkan untuk memadatkan masa kami antara satu sama lain. Bantulah kami untuk meluangkan masa sebagai pasangan. Berilah kami kebijaksanaan dan kreativiti untuk mencari cara yang dapat kami nikmati besama. Dalam Nama Yesus, amen.
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Craig & Amy Groeschel’s From This Day Forward

Anda boleh memiliki perkahwinan yang baik. Pilihan yang anda buat pada hari ini akan menentukan perkahwinan anda pada masa depan. Pastor dan penulis terlaris New York Times Craig Groeschel dan isterinya, Amy, menunjukkan...

More

Kami berterima kasih kepada Zondervan, HarperCollins, dan Life.Church  kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.zondervan.com/from-this-day-forward

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami