Info Pelan

Dari Hari Ini oleh Craig & Amy GroeschelSampel

Craig & Amy Groeschel’s From This Day Forward

HARI 3 DARIPADA 7

"Bertengkar secara Adil" Semua pasangan bertengkar. Namun, CARA anda bertengkar membezakan antara percanggahan pendapat yang kecil dan kerosakan yang besar. Pasangan yang sihat bertengkar untuk penyelesaian, bukan kemenangan. Konflik sendiri bukanlah pembunuh hubungan. Berikut adalah empat tanda amaran yang menunjukkan bahawa anda tidak mengendalikan konflik secara membina: 1. Kritikan Adakah anda menggunakan percanggahan pendapat atau konflik sebagai peluang untuk mengkritik pasangan anda? Ataupun adakah anda mengkritik mereka di depan orang lain? Kritikan merupakan amaran bahawa anda bertengkar antara satu sama lain dan bukannya demi hubungan itu. 2. Rasa benci Rasa benci merupakan salah satu tanda yang paling tepat bahawa sesebuah perkahwinan itu telah menyimpang. Walaupun tidak dinyatakan dalam kata-kata, renungan yang menimbulkan rasa meluat, jelingan yang marah, atau komen mental yang tajam adalah tanda bahaya yang besar. 3. Kebertahanan Pada masa ini - apabila anda tidak bertengkar - anda harus mengakui bahawa kebertahanan bukanlah sesuatu yang anda dapat lihat pada diri anda apabila anda berasa jengkel. Anda perlu memilih untuk mendengar apabila ia dinyatakan kepada anda. 4. Menutup komunikasi Sekiranya pasangan anda tidak mahu mencari Allah bersama anda, jangan membiarkan itu menghalang anda. Pasangan anda bukanlah musuh anda. Kita mempunyai satu musuh sahaja. Dan dia merupakan pencuri dan pendusta yang tidak berlawan dengan adil. Jangan berlawan sesama sendiri. Bergabung bersama dalam pasukan yang sama, dan menangani isu-isu rohani seperti keangkuhan dan hati yang keras yang mensabotaj hubungan anda. Marilah kita berdoa bersama-sama: Yesus, bantulah kami untuk mengelak daripada membenarkan konflik untuk merenggangkan perkahwinan kami. Bantulah setiap seorang daripada kami untuk meninggalkan keangkuhan kami dan menangani isu kita sendiri dengan kritikan, kebencian, kebertahanan, atau penutupan komunikasi. Bantulah kami untuk bertekad untuk bertengkar dalam cara yang membawa pemulihan dan penyelesaian. Dalam Nama Yesus, amin.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Craig & Amy Groeschel’s From This Day Forward

Anda boleh memiliki perkahwinan yang baik. Pilihan yang anda buat pada hari ini akan menentukan perkahwinan anda pada masa depan. Pastor dan penulis terlaris New York Times Craig Groeschel dan isterinya, Amy, menunjukkan...

More

Kami berterima kasih kepada Zondervan, HarperCollins, dan Life.Church  kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.zondervan.com/from-this-day-forward

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami