Info Pelan

Berikan Makna kepada Pekerjaan AndaSampel

Give Your Work Meaning

HARI 2 DARIPADA 4

Memilih Makna Allah untuk Pekerjaan Anda


Terlalu kerap, orang Kristian mempunyai salah tanggapan bahawa satu-satunya pekerjaan yang penting kepada Allah adalah pekerjaan pastor, misionari dan badan yang bukan membuat untung. Bahayanya adalah kita menganggap bahawa pekerjaan yang lain adalah tidak penting, dan ini boleh membawa impak yang negatif terhadap sikap dan motivasi kita. Hakikatnya, semua pekerjaan adalah penting kepada Allah. Allah mahu kita bekerjasama dengan-Nya dalam semua pekerjaan kita demi melayani orang lain dan mencapai tujuan-Nya.



Yusuf memahami ini, walaupun semasa menghadapi dugaan hidupnya yang paling besar. Yusuf tidak membentuk sikap yang buruk, walaupun ketika keadaannya menjadi semakin teruk. Dia tidak bekerja dengan sambil lewa kerana tugas yang perlu dijalankannya itu jelasnya bukan panggilan utamanya. Yusuf sedar siapa tuan sebenarnya – Allah. Akibatnya, Kejadian 39 memberitahu kita bahawa “TUHAN menyertai Yusuf” sebanyak 4 kali (Kej 39:2, 3, 21, 23). Apabila isteri Potifar asyik menggoda Yusuf, dia berkata “Tuan Potifar sudah mempercayakan segala miliknya kepada saya. […] Bagaimana mungkin saya … berdosa terhadap Allah?" Yusuf mengakui bahawa kejayaannya diberikan oleh Allah dan dia perlu memuliakan Allah dengan setia. 



Walaupun Yusuf memilih untuk melakukan perkara yang betul, dia dituduh dengan salahnya, dipecat, dan dipenjarakan. Walaupun di tengah-tengah keadaan yang tidak adil, Yusuf tidak berhenti memuliakan Allah dan melayani orang di sekelilingnya. Sekali lagi, Allah membuat ketua penjara suka akan Yusuf. 



Kita akan mengalami keadaan yang tidak adil di tempat kerja kita, seperti yang dialami oleh Yusuf. Kita perlu berhati-hati supaya tidak membentuk sikap negatif terhadap pekerjaan kita ketika keadaannya menjadi tidak kena. Yesus memberitahu kita, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!” (Yohanes 16:33). Kita perlu tetap bersatu dengan Kristus dalam semua keadaan, dan kerja yang kita lakukan akan berbuah lebat (Yohanes 15:5). 



Apakah yang boleh anda lakukan untuk melihat pekerjaan anda melalui mata Allah hari ini? 



Doa



Allah Bapa, terima kasih kerana kerja yang telah Engkau berikan kepada saya. Terima kasih kerana memberikan saya kejayaan. Tolonglah saya untuk bersatu dengan-Mu setiap masa supaya saya dapat melayani orang lain dengan cemerlang dalam semua keadaan, walaupun ketika keadaan tidak berjalan mengikut kehendak saya. Tolonglah saya untuk menumpukan perhatian pada Yesus. Dalam nama Yesus. Amin.



Peninjauan Lanjut



Ketahui cara mencari tujuan Allah untuk pekerjaan. Tonton video ini dengan Bonnie Wurzbacher, Bekas Timbalan Presiden Kanan, Coca-Cola Company.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Give Your Work Meaning

Kebanyakan daripada kita menghabiskan 50 peratus daripada masa dewasa kita untuk bekerja. Kita hendak tahu bahawa pekerjaan kita adalah bermakna – bahawa pekerjaan kita itu adalah penting. Namun, tekanan, desakan dan kes...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Workmatters kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.workmatters.org/workplace-devotions/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami