Info Pelan

Udara yang Saya HirupSampel

The Air I Breathe

HARI 5 DARIPADA 5

Harta yang Paling Berharga



Penyembahan tidak bermula dengan kita. Penyembahan bermula dan berakhir dengan Allah. Allah layak menerima pujian, daripada semua orang, sepanjang masa.



Allah adalah pusat segala sesuatu yang wujud. Melebihi semua allah kecil di dunia ini, Dia satu-satunya Pencipta. Pemelihara. Pengasas. Pemberi Hidup. Pencipta Keindahan.



Sebab itulah setiap bayangan akan kehadiran Allah sepanjang halaman Firman-Nya mengesahkan bahawa Allah bersemayam di atas puji-pujian yang tidak putus-putus.



Perhatikan bahawa kumpulan malaikat dalam Wahyu, tidak berhenti berseru, “Suci, suci, sucilah Tuhan, Allah Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang” (Wahyu 4:8). Siang dan malam mereka memuji-Nya sebagai pusat segala Ciptaan. Tanpa berhenti mereka sentiasa menyatakan kelayakan-Nya yang tidak terbatas.



Begitu juga dengan langit di sekeliling kita. Seperti yang ditulis oleh pemazmur, “Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya!” (Mazmur 19:1, ay. 2 dalam terjemahan BM). Mengapa? Kerana itulah tujuan malaikat tersebut dicipta—hari demi hari mereka bersorak kuat kepada sesiapa yang menumpukan perhatian bahawa Allah adalah besar. Perkasa. Mulia. Tidak terbatas. Mereka mengesahkan bahawa Dia yang membayangkan bentuk dan saiz mereka melebihi imaginasi kita yang tidak termimpi.



Tahukah anda apa yang betul-betul gila? Allah yang besar ini, yang tidak pernah kekurangan penyembahan, ingin disembah...oleh anda. Sekarang ini.



Dia tidak memerlukan penyembahan yang lebih untuk menjadi layak. Tidak, Allah tidak mungkin menjadi lebih layak lagi kerana Dia sememangnya dan sentiasanya layak. Dia tidak memerlukan penyembahan kita—tetapi Dia inginkan penyembahan kita. Dia layak menerimanya. Dan Dia memerintahkannya kerana ianya perkara yang paling penyayang yang mungkin dilakukan-Nya.



Allah tahu siapa diri-Nya. Dia tahu nilai-Nya. Dia tahu perkara terbaik yang boleh diberi-Nya kepada kita ialah diri-Nya. Maka, semasa memanggil kita untuk menhargai-Nya melebihi segala sesuatu yang lain, Allah menerima pujian yang layak diterima-Nya sahaja dan menyebabkan kita untuk menerima harta yang paling berharga yang kita tidak pernah ketahui. Allah bukanlah seorang egotis yang inginkan lebih daripada yang Dia layak daripada kita. Sebaliknya, Dia ialah Allah, memilih, melalui penyembahan, untuk mengganjar kita dengan diri-Nya.



Bagaimanakah panggilan Allah untuk menyembah-Nya mencerminkan kasih-Nya terhadap kita?



Jika anda seronok dengan renungan 5 hari daripada Louie Giglio ini, pastikan anda mendapatkan buku Louie, The Air I Breathe: Worship as a Way of Life  . Untuk peluang memenangi satu salinan The Air I Breathe, kilik di sini .





Hari 4

Perihal Pelan

The Air I Breathe

Renungan YouVersion 5 hari daripada Louie Giglio. Tahukah anda bahawa anda dicipta untuk menyembah? Sama ada anda menyembah Allah atau wang atau hubungan, anda sedang menyembah sesuatu atau seseorang setiap hari. Persoal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://waterbrookmultnomah.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami